Monday, 31 August 2015

1.6 Rawatan Penyakit yang Disebabkan oleh Mikroorganisma

Cara Rawatan Pesakit yang Dijangkiti Patogen
■ Terdapat beberapa cara untuk merawat pesakit yang dijangkiti patogen, iaitu

► Rawatan tradisional

► Antibiotik

► Vaksin

► Disinfektan

► Antiseptik

Rawatan Tradisional
■ Rawatan tradisional adalah rawatan yang menggunakan perubatan tradisional untuk merawat penyakit.
■ Sumber perubatan tradisional diperoleh daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan.

► Herba (bahagian-bahagian tumbuhan seperti kulit pokok, daun, bunga dan akar) selalu digunakan untuk mengubati pesakit.

► Lidah buaya (aloe vera) digunakan untuk mengubati kudis dan luka kerana ia boleh mengurangkan kesakitan, kemerahan kulit dan memulihkan luka.

► Qualaquin digunakan untuk mengubati pesakit malaria.

► Air halia dan madu digunakan untuk merawat selesema.

Antibiotik
■ Antibiotik ialah bahan kimia yang dihasilkan daripada mikroorganisma seperti kulat atau bakteria.
■ Antibiotik yang selalu digunakan termasuklah

► Penisilin yang dihasilkan daripada kulat Penicillium notatum. Penisilin digunakan untuk mengubati penyakit yang disebabkan oleh bakteria seperti pneumonia, gonorea dan sifilis.

► Streptomisin yang dihasilkan oleh bakteria Streptomyces sp.
Vaksin
■ Vaksin ialah bahan yang mengandungi patogen mati atau patogen yang dilemahkan. Vaksin digunakan dalam suntikan untuk memberi keimunan menentang penyakit tertentu.
■ Vaksin boleh merangsang penghasilan antibodi dalam sistem perlindungan badan kita dan memberi keimunan badan.

► Contoh-contoh penyakit yang boleh dikawal melalui suntikan vaksin ialah cacar, tibi dan poliomielitis.

Disinfektan
■ Disinfektan digunakan untuk menghapuskan semua mikroorganisma bahaya seperti kulat dan bakteria termasuk virus dan endospora bakteria di alam sekitar.
■ Disinfektan adalah lebih pekat daripada antiseptik dan bersifat menghakis. Ia digunakan untuk membunuh kuman di lantai, pada perabot dan alatan.

► Contoh disinfektan ialah lisol, fenol, formalin, kalsium hipoklorat dan kresol.

Antiseptik
■ Bahan kimia untuk mengawal mikroorganisma dan sesuai digunakan pada kulit.
■ Antiseptik disapu pada luka atau kulit untuk menghalang serangan patogen ke dalam badan kita atau pertumbuhan patogen pada kulit.

► Contoh antiseptik ialah iodin, alkohol, asid borik, akriflavin, hidrogen peroksida dan larutan kalium manganat (VII).

Risiko Rawatan Tanpa Pengawasan dan Preskripsi Pengamal Perubatan yang Berkelayakan
■ Kesan antibiotik ke atas mikroorganisma

► Pengambilan antibiotik secara berlebihan boleh menyebabkan penghasilan bakteria mutasi yang boleh menentang antibiotik ini. Oleh itu, penggunaan antibiotik perlulah mengikut preskripsi doktor pakar.
■ Penyalahgunaan ubat tradisi boleh membawa maut.

► Sebagai contoh, makan peria yang terlampau banyak akan mangakibatkan sakit perut dan cirit-birit. Biji peria boleh mengakibatkan sakit kepala, demam panas dan koma.

► Pengambilan muinina boleh menyebabkan kesan buruk seperti darah tinggi dan serangan sakit jantung.

✍ Contoh latihan 1.6(a)
Pilih betul [✔] atau salah [✘] untuk kenyataan-kenyataan berikut.
Kenyataan
Vaksin digunakan untuk mencegah penyakit tertentu ✔
Antibiotik tidak perlu digunakan sebaik sahaja kita telah pulih daripada penyakit. ✘
Antibiotik digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria ✔
Antiserums digunakan untuk merawat penyakit tertentu. ✔
Semua perubatan tradisional boleh digunakan tanpa pengawasan dan preskripsi doktor. ✘
Penyakit yang disebabkan oleh virus boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik ✘



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

3 comments:

  1. Assalamualaikum..utk makluman, kpd sesiapa yg memerlukan khidmat urut tradisional blh lah hubungi sy di talian 011-11036311...sy menetap di kota bharu kelantan

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Casino - Mapyro
    Casino 하남 출장샵 and 전라북도 출장안마 Lodge, 창원 출장안마 Northern California. 671-904-8783. Address. 충주 출장샵 3600 North Highway 39, Boulder Highway, Northern 구미 출장안마 California 92082, United States.

    ReplyDelete