|
|
Aktiviti Makmal 7.6.1: Penampilan Objek Berwarna dalam Cahaya Putih dan Cahaya Berwarna
|
Tujuan: Mengkaji penampilan objek-objek berwarna dalam cahaya putih dan cahaya berwarna.
Radas:
» Lampu suluh
» Skrin putih
» Penapis warna primer
» Penapis warna sekunder
» Kadbod berwarna
|
Prosedur:
|
► |
| 1. |
Radas disediakan seperti yang ditunjukkan dalam rajah diatas. |
| 2. |
Cahaya putih dari lampu suluh disinarkan pada kadbod merah, biru, hijau, sian, kuning dan magenta. |
| 3. |
Pemerhatian tentang warna yang terbentuk dicatatkan. |
| 4. |
Kemudian, penapis hijau diletakkan di kedudukan X untuk mengasilkan cahaya hijau. Cahaya hijau disinarkan pada kadbod biru seperti dalam langkah 2. Pemerhatian dicatat. |
| 5. |
Langkah 4 diulang dengan menyinarkan cahaya berwarna yang berlainan pada kadbod berwarna seperti yang disenaraikan dalam jadual. |
|
Pemerhatian:
|
► |
| Cahaya berwarna |
Kadbod berwarna |
Warna yang terbentuk pada skrin |
| Putih |
Merah |
Merah |
| Putih |
Biru |
Biru |
| Putih |
Hijau |
Hijau |
| Hijau |
Biru |
Hitam |
| Merah |
Hijau |
Hitam |
| Biru |
Merah |
Hitam |
| Hijau |
Sian |
Hijau |
| Hijau |
Kuning |
Hijau |
| Sian |
Magenta |
Biru |
| Merah |
Magenta |
Merah |
| Kuning |
Merah |
Merah |
| Biru |
Sian |
Biru |
| Magenta |
Biru |
Biru |
| Sian |
Kuning |
Hijau |
|
Analisis:
|
► |
Apabila suatu objek berwarna disinari cahaya putih atau cahaya berwarna, cahaya berwarna yang dipantulkan bergantung pada:
| ○ |
warna cahaya yang kena padanya |
| ○ |
warna cahaya yang diserap |
| ○ |
warna cahaya yang dipantulkan |
|
|
► |
Warna cahaya yang dipantulkan itu berdasarkan prinsip penolakan cahaya berwarna. |
Kesimpulan:
|
► |
Warna objek yang diperhatikan dalam cahaya putih dan cahaya berwarna bergantung pada warna cahaya yang dipantulkan oleh objek itu. |
|
⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. |
|
|
No comments:
Post a Comment