Monday, 6 July 2015

5.6 Penghasilan Tenaga Elektrik daripada Tindak Balas Kimia

Penghasilan Tenaga Elektrik Oleh Sel Ringkas
■ Sel ringkas

Terdiri daripada dua konduktor yang berlainan logam:
Logam yang lebih reaktif bertindak sebagai terminal negatif yang memberi elektron.
Logam yang kurang reaktif bertindak sebagai terminal positif yang menerima elektron.

Disambung pada satu hujung wayar dan hujung yang lain dicelup ke dalam larutan elektrolit.

Perubahan kimia berlaku untuk menghasilkan tenaha elektrik
Tenaga kimia → tenaga elektrik
■ Video ini menerangkan tentang sel ringkas (English)

Zink dan jalur kuprum digunakan sebagai elektrod dan larutan sulfat kuprum bertindak sebagai elektrolit.

Apabila litar ditutup, LED mengeluarkan cahaya. Ini menunjukkan bahawa elektrik mengalir dalam litar.

Zink adalah lebih reaktif daripada kuprum. Oleh itu, atom zink lebih mudah memberi elektron untuk membentuk ion bercas positif yang bergerak di dalam larutan.

Elektron mengalir ke jalur kuprum melalui dawai. Aliran elektron menghasilkan elektrik.

Ion kuprum yang bercas positif daripada larutan menerima elektron dan membentuk atom kuprum yang memendap pada jalur kuprum.
Pelbagai Jenis Sel dan Kegunaannya
■ Sel kering

Sel kimia yang paling biasa digunakan
Bekas zink merupakan terminal negatif dan rod karbon sebagai terminal positif
Pes ammonium klorida dan zink klorida bertindak sebagai elektrolit
Membekalkan 1.5V
Kelebihan: Mudah dibawa dan membekalkan arus tetap
Kekurangan: Tidak tahan lama dan tidak dapat dicas semula
■ Akumulator asid-plumbum

Terdiri daripada enam sel asid-plumbum yang disambung secara bersiri
Membekalkan 12V
Elektrod plumbum adalah terminal negatif dan plumbum yang disalut plumbum(IV)oksida adalah terminal positif
Asid sulfurik digunakan sebagai elektrolit
Kelebihan: Tahan lama, membekalkan voltan tinggi dan dapat dicas semula
Kekurangan: Mahal, berat dan elektrolit mudah tertumpah
■ Sel alkali

Menyerupai sel kering tetapi menggunakan elektrolit yang berlainan
Membekalkan 1.5V
Bekas zink adalah terminal negatif dan mangan(IV) oksida adalah terminal positif
Elektrolit yang digunakan adalah larutan kalium hidroksida
Kelebihan: Tahan lama
Kekurangan: Lebih mahal dan tidak dapat dicas semula
■ Bateri zink-argentum oksida

Berbentuk seperti butang dan membekal 1.2V
Bekas zink merupakan terminal negatif dan perak oksida adalah terminal positif
Elektrolit yang digunakan adalah larutan kalium hidroksida
Kelebihan: Tahan lama dan membekalkan arus yang tetap
Kekurangan: Lebih mahal dan tidak dapat dicas semula
■ Sel nikel-kadmium

Beroperasi dengan prinsip yang sama seperti bateri kereta tetapi menggunakan bahan kimia yang berlainan
Kadmium adalah terminal negatif dan nikel (IV) oksida adalah terminal positif.
Elektrolit yang digunakan ialah kalium hidroksida.
Kelebihan: Dapat dicas semula
Kekurangan: Mahal

Contoh latihan 5.6(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
a) __________Sel ringkasterdiri daripada dua konduktor yang berlainan dicelup ke dalam suatu larutan elektrolit yang disambung dengan wayar.
b) Dalam sel ringkas, __________tenaga kimia berubah kepada __________tenaga elektrik
c) Logam yang __________lebih reaktif bertindak sebagai terminal negatif, manakala logam yang __________kurang reaktif bertindak sebagai terminal positif.
d) __________Akumulator asid-plumbum membekalkan 12V dan digunakan sebagai bateri kereta.
e) __________Sel nikel-kadmium merupakan sejenis bateri yang dapat dicas semula dan selalunya digunakan di dalam peralatan mudah alih.

Contoh latihan 5.6(b)
Kuiz interaktif. (English)


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment