Sunday, 1 March 2015

6.3 Elektrolisis Larutan Akueus

Kation dan anion di dalam larutan akueus
■ Elektrolisis garam lebur

►
Leburan garam Di anod (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod Anion bagi garam Kation bagi garam
■ Elektrolisis larutan akueus

► Molekul air di dalam larutan akueus mengion separa untuk membentuk H+ dan OH- .
Larutan akueus Di anod (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod Anion bagi garam dan ion hidroksida, OH- Kation bagi garam dan ion hidrogen, H+

► Faktor-faktor yang memberi kesan ke atas pemilihan ion untuk dinyahcas:
○ Kedudukan ion dalam siri elektrokimia
○ Kepekatan ion dalam larutan elektolit
○ Jenis-jenis elektrod
■ Video berikut mengandungi maklumat tentang elektrolisis larutan akueus.


Kedudukan ion dalam siri elektrokimia
■ Kedudukan ion dalam siri elektrokimia

► Ion yang lebih rendah dalam siri elektrokimia adalah lebih mudah dinyahcaskan.

► Kaedah mnemonik berikut boleh digunakan untuk menghafal urutan siri elektrokimia.
○ Untuk kation:
Potassium, sodium, calcium, magnesium, aluminium, zinc, iron, tin, lead, hydrogen, copper, argentum
Pop star can make all zebras in town like his car again
○ Untuk anion:
Fluoride, sulphate, nitrate, chloride, bromide, iodide, hydroxide
Fabulous superman notifies climate becomes increasingly hot
Aktiviti Makmal 6.3.1 : Kedudukan ion dalam siri elektrokimia
✍ Contoh 6.3(a)
Ramalkan hasil elektrolisis bagi plumbum (II) nitrat di anod dan di katod.

Penyelesaian 
Larutan akueus Di anod (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod NO3-, OH- Pb2+, H+
Ion yang dipilih untuk dinyahcas Ion OH- dipilih untuk dinyahcas kerana kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia. Ion H+ dipilih untuk dinyahcas kerana kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia.
Setengah persamaan 4OH- → 2H2O + O2 + 4e-
Gas oksigen terkumpul
2H+ + 2e- → H2
Gas hidrogen terkumpul


Kepekatan ion dalam larutan elektrolit
■ Kepekatan ion dalam larutan elektrolit

► Sesuatu ion akan dipilih untuk dinyahcas apabila kepekatan ion tersebut adalah tinggi.

► Biasanya, dalam elektrolisis larutan halida pekat,  [Cl-, Br-, I-],kepekatan ion halida adalah sentiasa lebih tinggi daripada ion hidroksida, . Oleh itu, ion halida akan dinyahcaskan di anod.

Aktiviti Makmal 6.3.2: Kepekatan ion dalam larutan elektrolit

✍ Contoh  6.3(b)
Ramalkan hasil elektrolisis bagi larutan natrium klorida pekat di anod dan katod.

Penyelesaian
Larutan akueus Di anod (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod Cl-, OH- Na+, H+
Ion yang dipilih untuk dinyahcas Ion Cl- dipilih untuk dinyahcas kerana kepekatannya yang lebih tinggi daripada ion hidroksida. Ion H+ dipilih untuk dinyahcas kerana kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia.
Setengah persamaan 2Cl- → Cl2 + 2e-
Gas klorin terkumpul
2H+ + 2e- → H2
Gas hidrogen terkumpul

Jenis-jenis elektrod
■ Jenis-jenis elektrod

► Elektrod yang biasanya digunakan: Karbon dan platinum [Lengai secara kimia terhadap elektrolit atau hasil elektrolisis.]

► Lain-lain elektrod: Kepingan kuprum atau merkuri.

Aktiviti Makmal 6.3.3: Jenis-jenis elektrod

✍ Contoh  6.3(c)
Ramalkan produk elektrolisis bagi larutan natrium klorida pekat dengan
(a) elektrod karbon
(b) elektrod merkuri 

Penyelesaian
(a) elektrod karbon
Larutan akueusDi anod (+)Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrodCl-, OH-Na+, H+
Ion yang dipilih untuk dinyahcasIon Cl- dipilih untuk dinyahcas kerana kepekatannya yang lebih tinggi daripada ion hidroksida.Ion H+ dipilih untuk dinyahcas kerana kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia.
Setengah persamaan2Cl- → Cl2 + 2e-
Gas klorin terkumpul
2H+ + 2e- → H2
Gas hidrogen terkumpul


(b) elektrod merkuri
Larutan akueusDi anod (+)Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrodCl-, OH-Na+, H+
Ion selected for dischargedIon Cl- dipilih untuk dinyahcas kerana kepekatannya yang lebih tinggi daripada ion hidroksida.Ion Na+ is selected for discharged as mercury forms an amalgam with sodium..
Setengah persamaan2Cl- → Cl2 + 2e-
Gas klorin terkumpul
Na+ + e- → Na
Natrium terhasil

Ringkasan penyelesaian masalah yang melibatkan elektrolisis
■ Ringkasan penyelesaian masalah yang melibatkan elektrolisis.

► Animasi berikut menunjukkan ringkasan masalah yang melibatkan elektrolisis.
■ Elektrolisis  bagi leburan elektrolit  Ax By

►
Garam lebur Di anod (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod Bx- Ay+
Setengah persamaan Bx- → B + xe- Ay+ + ye- → A
■ Ringkasan penyelesaian masalah yang melibatkan elektrolisis larutan akueus.

►
Larutan akueus Di anod (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod Anion bagi garam dan ion hidroksida, OH- Kation bagi garam dan ion hidrogen, H+
Ion yang dipilih untuk dinyahcas
○ Untuk larutan cair, gunakan siri elektrokimia untuk menentukan ion yang dipilih untuk dinyahcas.
○ Untuk larutan pekat, ion dengan kepekatan yang lebih tinggi akan dipilih untuk dinyahcas.
○ Untuk elektrod aktif, anod terlarut untuk membentuk ion.
Gunakan siri elektrokimia untuk menentukan ion yang dipilih untuk dinyahcas.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

1 comment: