Sunday, 1 March 2015

6.6 Siri Elektrokimia

Siri Elektrokimia
■ Siri Elektrokimia

► Satu siri susunan unsur mengikut tertib berdasarkan kecenderungan untuk melepaskan elektron.

► Unsur yang terletak di kedudukan yang lebih tinggi dalam siri elektrokimia:
○ Lebih elektropositif
○ Mempunyai kecenderungan yang lebih besar untuk membentuk kation dengan menderma elektron
○ Lebih reaktif
■ Siri elektrokimia boleh dibina berdasarkan:

► Beza keupayaan antara dua logam dalam sel kimia.
○ Pasangan logam yang lebih jauh dalam siri elektrokimia menghasilkan voltan yang lebih tinggi berbanding pasangan logam yang berdekatan antara satu sama lain.
Makmal Aktiviti 6.6.1: Membina siri elektrokimia berdasarkan beza keupayaan antara dua logam

► Sesaran logam oleh logam yang lebih reaktif daripada larutan garam.
○ Logam yang lebih elektropositif akan menggantikan logam yang kurang elektropositif daripada larutan garam.
Makmal Aktiviti 6.6.2: Untuk membina siri elektrokimia berdasarkan penyesaran logam
○ Contoh: Sesaran logam kuprum, Cu, daripada larutan kuprum(II) nitrat dengan zink..

Persamaan kimia: ZN(s) + CU(NO3)2(aq) → Zn(NO3)2(aq) + Cu(s)

Ion nitrat,  NO-3 tidak mengambil bahagian di dalam tindak balas kimia.

Oleh itu, persamaan ion boleh ditulis sebagai: Zn(s) + Cu2+(ak) → Zn2+(ak) + Cu(p)
■ Video berikut mengandungi maklumat tentang siri elektrokimia.






⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment