Sunday, 28 June 2015

4.7 Kaedah Penulenan Bahan

Ciri-ciri Bahan Tulen
■ Bahan tulen

► Tidak mengandungi sebarang bendasing.

► Mempunyai takat beku , lebur dan takat didih yang tertentu.

► Contoh:
Bahan tulen Takat didih Takat beku
Air 100℃ 0℃
Besi 2800℃ 1534℃
■ Kesan bendasing ke atas bahan tulen

► Takat didih bahan tulen tersebut meningkat.

► Takat didin bahan tulen tersebut menurun.

Kaedah Penulenan
■ Penulenan merupakan proses pengasingan bendasing daripada sesuatu bahan.
■ Proses penulenan terdiri daripada:

► Penyulingan

► Penghabluran
■ Penyulingan

► Digunakan untuk memperoleh ceceair tulen daripada cecair yang dicemari bahan lain.

► Melibatkan proses pemanasan cecair menjadi wap (gas). Wap itu kemudian dikondensasikan untuk memperoleh cecair tulen (hasil penyulingan).

► Kaedah ini digunakan untuk memisahakan bendasing terlarut daripada suatu cecair yang:
◉ Melarutkan satu sama lain
◉ Tidak bertindak balas antara satu sama lain
◉ Mempunyai takat didih yang berbeza

► Contoh proses penyulingan:
◉ Mengasingkan alkohol daripada campuran air dan alkohol.
◉ Mengasingkan air dari campuran air dan garam.
■ Video ini menunjukkan cara-cara memisahkan air tulen daripada larutan garam. (English)
■ Penghabluran

► Kaedah penulenan yang dijalankan untuk memperoleh hablur tulen daripada suatu larutan tepu bahan tersebut.

► Contoh: Menulenkan garam daripada larutan tepu.

► Larutan tepu ialah larutan yang mengandungi kuantiti maksimum bahan terlarut.

Aktiviti Makmal 4.7.1: Proses Penyulingan
Aktiviti Makmal 4.7.2: Proses Penghabluran
Applikasi Kaedah Penulenan Bahan
■ Aplikasi proses penyulingan dalam kehidupan harian termasuk:

► Memecahkan petroleum mentah kepada juzuk-juzuknya seperti petrol, kerosin dan diesel untuk kegunaan sebagai bahan api.

► Menghasilkan air suling untuk menyediakan larutan bahan di makmal dan memproses makanan dalam industri.

► Menghasilkan udara cecair (oksigen tulen) untuk digunakan sebagai bahan api roket dan bekalan oksigen untuk tangki pernafasan.

► Memperoleh etanol tulen daripada campuran hasil penapaian larutan gula dengan yis.

► Memperoleh air tulen daripada air tercemar.

✍ Contoh latihan 4.7(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
(a) Bendasing akan __________menurunkan takat lebur bahan dan __________meningkatkan takat didih.
(b) __________Takat Lebur boleh digunakan untuk menentukan ketulenan natrium klorida.
(c) __________Penghabluran digunakan untuk menyediakan gula putih daripada jus tebu.
(d) __________Penyulingan digunakan untuk mendapatkan cecair tulen dari cecair yang mengandungi kekotoran.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

2 comments: