Wednesday, 24 June 2015

3.2 Prinsip dan Mekanisme Pewarisan

Gen Dominan dan Gen Resesif
■ Jenis-jenis gen

► Gen Dominan
◉ Menunjukkan sifat yang dikawal olehnya walaupun wujud bersama dengan gen resesif.
◉ Mengaburkan kesan gen resesif.
◉ Ciri-ciri yang ditentukan oleh gen dominan disebut sifat dominan

► Gen Resesif
◉ Menunjukkan sifat yang dikawal olehnya tanpa wujudnya gen dominan.
◉ Ia hanya akan menunjukkan kesannya jika tiada gen dominan.
◉ Ciri-ciri yang ditentukan oleh gen resesif disebut sifat resesif

■ Jadual dibawah menunjukkan beberapa contoh sifat dominan dan resesif dalam manusia.

Ciri - ciri Dominan Resesif
Kebolahan menggulung lidah Boleh menggulung lidah Tidak boleh
Albino Normal Albino
Lesung pipit Ada Tiada
Bibir Tebal Nipis
■ Gen boleh diwakili seperti berikut:

► Gen dominan diwakili oleh huruf besar.

► Gen resesif diwakili oleh huruf kecil.

► Contoh:
◉ Suatu individu menjadi tinggi kerana ciri-ciri ini dikawal oleh gen dominan, yang diwakili oleh huruf 'T'.
◉ Suatu individu menjadi rendah kerana ciri-ciri ini dikawal oleh gen resesif, yang diwakili oleh huruf 't'.
◉ Pasangan gen yang terdapat di dalam suatu individu tinggi ialah 'TT' atau 'Tt', manakala pasangan gen di dalam suatu individu rendah ialah 'tt'.
■ Genotip merujuk kepada kandungan dalam suatu individu.
■ Fenotip merujuk kepada sifat-sifat fizikal yang diperlihatkan oleh suatu individu.
■ Pewarisan

► Gamet yang terlibat dalam persenyawaan mengandungi kromosom.

► Kromosom terdiri daripada molekul DNA dan wujud secara berpasangan (kromosom homolog).

► Segmen tertentu dalam DNA terdiri daripada gen.

► Gen mengawal ciri-ciri yang diwarisi daripada sel induk. Gen ini bertanggungjawab untuk pewarisan.

► Contoh pewarisan: warna rambut, warna kulit, kumpulan darah dan ketinggian.

Mekanisme Pewarisan Sifat
■ Gregor Mendel (1822 - 1884)

►
Seorang ahli botani Austria yang menjalankan eksperimen untuk mengkaji monohybrid warisan tumbuhan taman kacang, Pisum sativum.
■ Mekanisme pewarisan sifat dalam eksperimen Mendel.

► Mendel mengacukkan pokok kacang pea tinggi baka tulen (TT) dengan pokok kacang pea rendah baka tulen (tt).

► Semua pokok kacang pea dalam generasi pertama didapati menunjukkan sifat tinggi.

► Animasi di bawah menunjukkan mekanisme pewarisan sifat dalam eksperimen Mendel.

► Pokok-pokok kacang pea generasi pertama yang tinggi kemudiannya dikacukkan antara satu sama lain.

► 75% daripada pokok-pokok kacang pea dalam generasi kedua didapati tinggi dan 25% lagi rendah. Nisbah pokok tinggi kepada pokok rendah adalah 3 : 1

► Nisbah fenotip dari generasi kedia dikenali sebagai nisbah monohibrid.
■ Segi empat Punnett

► Digunakan untuk meramal nisbah dan kebarangkalian genotip dan fenotip anak yang mungkin.

► Contoh: Segi empat Punnett menunjukkan gabungan gamet dalam eksperimen Mendel.
Gen T t
T TT Tt
t Tt tt
Pewarisan Sifat pada Manusia
■ Pewarisan sifat bagi eksperimen Mendel menerangkan pewarisan pada manusia

► Sifat-sifat yang diwarisi oleh anak bergantung kepada gen yang diwarisi daripada ibu bapa mereka.

► Ciri-ciri anak bergantung kepada gen dominan atau resesif.

► Animasi di bawah menunjukkan penentuan rambut kerinting dalam manusia.

✍ Contoh latihan 3.2(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
(a) Gen __________dominan ialah gen yang dapat menunjukkan sifat yang dikawal olehnya walaupun wujud bersama gen resesif.
(b) Gen __________resesif hanya menunjukkan sifat yang dikawal olehnya jika wujud bersama dalam pasangan.
(c) __________Genotip merujuk kepada kandungan dalam suatu individu.
(d) __________Fenotip merujuk kepada sifat-sifat fizikal yang diperlihatkan oleh suatu individu.
(e) __________Mendel percaya bahawa ciri-ciri tumbuhan kacang pea ditentukan oleh unit warisan atau faktor dari kedua-dua sel induk.
(f) Persilangan __________monohibrid melibatkan hanya satu sifat kajian silang genetik.

✍ Contoh latihan 3.2(b)
Label rajah dibawah dengan jawapan yang tepat. (English)

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment