Wednesday, 24 June 2015

3.6 Variasi di Kalangan Hidupan

Variasi Selanjar dan Variasi Tak Selanjar
■ Variasi membolehkan sati individu dibexakan daripada individu yang lain misalnya dari segi ketinggian badan, warna kulit dan jenis rambut
■ Variasi dibahagikan kepada:

► Variasi selanjar

► Variasi tak selanjar
■ Variasi selanjar

► Sifat yang tidak menunjukkan perbezaan ketara dan mempunyai julat perantaraan yang berterusan antara dia ekstrem

► Ditentukan oleh gen dan boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran

► Contoh : tinggi, berat badan, warna kulit dan panjang tapak kaki
■ Variasi tak selanjar

► Sifat yang mempunyai perbezaan yang nyata dan ketara

► Ditentukan oleh satu gen dan tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran

► Contoh: kumpulan darah, cap jari, jantina dan jenis rambut

Faktor-faktor Penyebab Variasi
■ Antara faktor yang menyebabkan variasi

► Faktor genetik
◉ Menentukan perubahan yang diwarisi daripada ibu bapa.
◉ Perubahan wujud sepanjang hayat seseorang individu.
◉ oleh diwarisi oleh generasi akan datang.
◉ Contoh: kumpulan darah, warna mata.

► Faktor persekitaran
◉ Menghasilkan variasi yang disebabkan oleh makanan, pendedahan kepada cahaya matahari, iklim dan cuaca.
◉ Variasi boleh berubah.
◉ Contoh: berat badan.

■ Perbandingan antara variasi selanjar dan variasi tak selanjar

Ciri-ciri Variasi selanjar Variasi tak selanjar
Perbezaan Tidak menunjukkan perbezaan yang ketara Perbezaan yang nyata dan ketara
Contoh Tinggi, berat badan, warna kulit Kumpulan darah, cap jari, jantina
Bentuk graf Taburan normal Taburan diskret
Faktor yang mempengaruhi Genetik dan persekitaran Genetik

Kepentingan Variasi
■ Kepentingan variasi

► Pembentukan spesies baru di kalangan spesies yang sama untuk meningkatkan kepelbagaian

► Membolehkan spesies baru menyesuaikan diri kepada perubahan alam sekitar

► Membenarkan pembiakan silang antara spesies untuk membentuk spesies baru.

Pohon Keluarga
■ Pohon keluarga

► Merupakan rekod sifat yang diwarisi dari satu generasi ke generasi.

► Untuk menunjukkan pewarisan sifat dalam keluarga.

► Contoh: Jenis rambut

✍ Contoh latihan 3.6(a)
Pilih betul [✔] atau salah [✘] untuk kenyataan-kenyataan berikut.
Kenyataan
Jenis variasi terbahagi kepada dua iaitu variasi selanjar dan variasi tak selanjar ✔
Variasi selanjar boleh diwarisi ✘
Histogram variasi selanjar adalah lengkung taburan normal ✔
Variasi tak selanjar merujuk kepada ciri-ciri yang menunjukkan variasi yang jelas dan pasti dalam sifat di antara individu daripada spesies yang sama ✔
Variasi tak selanjar dipengaruhi oleh alam sekitar. ✘


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

1 comment: