Monday, 29 June 2015

4.2 Struktur Atom

Atom
■ Semua jirim terdiri daripada unit terkecil yang disebut atom.
■ Atom

► Unit asas bagi semua jirim

► Tidak dapat dilihat di bawah mikroskop biasa kerana saiznya terlalu kecil

► Terdiri daripada satu nukleus yang dikelilingi oleh elektron-elektron

► Elektron-elektron itu bergerak mengikut orbit tertentu

Zarah Subatom
■ Zarah subatom ialah zarah kecil yang membina atom.
■ Terdapat tiga jenis zarah subatom, iaitu:

► Proton

► Neutron

► Elektron

■ Animasi di bawah menunjukkan zarah subatom dalam atom.(English)
Perbandingan Antara Zarah-zarah Subatom
■ Perbandingan antara zarah-zarah subatom

Zarah subatom Kedudukan pada atom Cas relatif Jisim relatif Jisim (gram)
Proton (p) Nukleus +1 1 1.672 X 10-24
Neutron (n) Nukleus 0 1 1.675 X 10-24
Electron (e) Bergerak mengelilingi nukleus -1 11840 9.107 X 10-28
■ Dalam atom neutral,

► Bilangan proton dan bilangan elektron adalah sama

► Bilangan cas positif dan bilangan cas negatif adalah sama
■ Ion ialah atom yang bercas, terhasil apabila terdapat bilangan proton (cas positif) dan bilangan elektron (cas negatif) yang tidak seimbang.

► Ion positif terhasil jika bilangan proton (+) melebihi bilangan elektron (-).

► Ion negatif terhasil jika bilangan elektron (-) melebihi bilangan proton (+).
■ Contoh: Menentukan sifat-sifat zarah

Zarah Bilangan proton Bilangan elektron Jenis zarah
A 10 10 Atom neutral
B 9 10 Atom negatif
C 11 10 Atom positif

✍ Contoh latihan 4.2(a)
Nyatakan cas zarah subatom dalam atom di bawah.
Zarah subatom
Proton Positif
Elektron Negatif
Neutron Neutral / Tiada cas

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment