■ Jenis-jenis zarah:
| ► | Atom : zarah terkecil dalam unsur | |
| ► | Molekul : gabungan atom-atom | |
| ► | Ion : zarah yang mengandungi ion positif atau ion negatif |
| ► | Terdiri daripada atom sahaja | |
| ► | Atom-atom dalam bahan atom ditarik bersama oleh daya tarikan kimia yang kuat | |
| ► | Unit asas kesemua logam dan gas adi adalah terdiri daripada atom | |
| ► | Contoh bahan atom adalah tembaga, plumbum dan natrium |
Sebatian Molekul
■ Molekul
| ► | Terdiri daripada dua atau lebih atom daripada jenis yang sama atau jenis yang berbeza yang bergabung secara kimia. | |
| ► | Kebanyakkan bukan logam dan sebatian adalah terdiri daripada molekul.![]() |
| ► | Molekul dihasilkan daripada atom bukan logam yang ditarik bersama oleh ikatan kovalen yang kuat | |
| ► | Daya tarikan antara molekul adalah lemah. Daya tarikan lemah ini dipanggil daya tarikan Van der Waals.![]() |
■ Ion
| ► | Terdiri daripada ion negatif dan ion positif sahaja |
| ► | Terbentuk apabila atom logam bergabung dengan atom bukan logam melalui ikatan kimia untuk membentuk sebatian | |||||||
| ► | Contoh:
|
| ► | Apabila natrium (logam) bertindak balas dengan klorin (gas) untuk membentuk sebatian, atom natrium akan kehilangan elektron untuk membentuk ion natrium yang positif. | |
| ► | Atom klorin akan menerima elektron untuk membentuk ion klorida yang negatif.![]() |
Sifat Fizikal Atom, Molekul dan Sebatian Ionik
■ Sifat fizikal suatu sebatian bergantung pada:
| ► | Jenis zarah | |
| ► | Susunan zarah | |
| ► | Daya tarikan antara zarah-zarah |
| Sifat fizikal | Sebatian atom | Sebatian molekul | Sebatian ionik |
|---|---|---|---|
| Keadaan fizikal pada suhu bilik | Pepejal kecuali merkuri | Pepejal, cecair atau gas | Pepejal |
| Kandungan bahan | Atom sahaja | Molekul sahaja | Ion positif dan ion negatid sahaja |
| Daya tarikan antara zarah | Sangat kuat | Lemah | Sangat kuat |
| Takat lebur dan takat didih | Tinggi | Rendah | Tinggi |
| Kekonduksian elektrik | Semua logam (dan karbon) dan mengkonduksikan elektrik | Tidak mengkonduksikan elektrik | Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur tetapi tidak dalam keadaan pepejal |
| Kelarutan | Tidak larut dalam air dan pelarut organik | Kebanyakannya larut dalam pelarut organik tetapi tidak larut dalam air. | Kebanyakannya larut dalamair tetapi tidak larut dalam pelarut organik. |
✍ Contoh latihan 4.5(a)
Nyatakan jenis zarah yang membentuk sebatian berikut.
| Sebatian | |
|---|---|
| Oksigen | |
| Kalsium klorida | |
| Argon |
| ⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. | ||
![]() |
||





its will be better if you put more examples... but its quite good enough..btw thanks for the information...
ReplyDeleteApa contah bahan bukan atom ? Rep fast please
ReplyDeleteThank you. It will be better if you hv more examples. The info is good.
ReplyDelete