Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan terhadap Koordinasi Badan
■ Minuman beralkohol
|
► |
Mengandungi etanol (sejenis alkohol) |
|
► |
Dihasilkan dari fermentasi glukosa oleh yis melalui penapaian |
■ Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan terhadap Koordinasi Badan
|
► |
Boleh merosakkan sel-sel hati, mengurangkan pengeluaran hempedu, menyebabkan sirosis hati dan hepatitis. |
|
► |
Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf dan memberi kesan kepada sistem saraf pusat.
|
|
► |
Dalam kes-kes yang teruk, penggunaan berterusan alkohol boleh menyebabkan kematian. |
|
► |
Jadual menunjukkan kesan pelbagai peringkat alkohol ke atas peminum yang lain:
| Tahap kepekatan alkohol darah |
Kesan |
| 0.02 |
Menjadi lebih sosial |
| 0.03 |
Merasai kegairahan |
| 0.05 |
koordinasi otot menjadi kurang berkesan |
| 0.10 |
kegagalan mengawal koordinasi otot |
| 0.30 |
Tidak mampu untuk berjalan dengan betul, mengantuk dan muntah |
| 0.40 |
Pitam / hilang kesedaran |
| 0.50 |
Pernafasan dan degupan jantung terganggu, akan menyebabkan kematian |
|
■ Kesan alkohol terhadap anggota badan manusia
|
| Otak |
Bertindak sebagai depresen dan memberi kesan kepada bahagian-bahagian yang mengawal emosi |
| Hati |
Deposit lemak di dalam hati yang menyebabkan keradangan, pengerasan dan parut hati |
| Buah pinggang |
Air yang diserap semula berkurangan. Terlalu banyak air dikumuhkan, ini menyebabkan badan mengalami dehidrasi |
| Mulut |
Peminum alkohol tegar kemungkinan akan menghidapi kanser lidah dan esofogus |
| Ovari |
Di kalangan wanita hamil, ia boleh menyebabkan bayi dilahirkan dengan Sindrom Foetal Alkohol. Bayi dengan sindrom ini mungkin mempunyai kepala kecil, berat lahir yang rendah dan kecacatan mental. |
| Testis |
Merangsang organ seks tetapi kemungkinan tidak berfungsi. Jumlah sperma boleh dikurangkan. |
|
|
⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. |
|
|
|
No comments:
Post a Comment