■ Definisi asid (Teori Arrhenius)
| ► | Sebatian kimia yang bercerai (mengion) untuk menghasilkan ion hidrogen, H+ (ion hydroxonium, H3O+) apabila dilarutkan dalam air. | |||||||||||||||||||||
| ► | Contoh asid:
|
| ► | Penderma proton (H+) apabila dilarutkan dalam air. |
| ► | Bilangan ion hidrogen, H+, yang boleh dihasilkan oleh satu molekul asid.
|
Maksud bes dan alkali
■ Definisi bes
| ► | Sebatian kimia yang boleh bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam dan air sahaja.
|
|||||||
| ► | Semua oksida dan hidroksida logam adalah bes. | |||||||
| ► | Contoh:
|
|||||||
| ► | Bukan semua bes boleh larut dalam air. Suatu bes yang boleh larut dalam air dikenali sebagai alkali.
|
| ► | Satu sebatian yang menghasilkan hidroksida, OH- , apabila dilarutkan dalam air. |
| ► | Mengandungi ion hidroksida, OH-, yang bergerak bebas. | |||||||
| ► | Ion hidroksida, OH- yang bebas bergerak di dalam air membolehkan alkali menunjukkan sifat-sifatnya.
|
|||||||
| ► | Alkali adalah penerima proton. |
Penggunaan asid dan alkali dalam kehidupan harian
■ Contoh asid dan kegunaannya:
| ► | Asid sulfurik digunakan dalam pembuatan bahan pencuci, cat, baja dan elektrolit dalam akumulator asid plumbum. | |
| ► | Asid hidroklorik digunakan untuk membersihkan logam sebelum penyaduran dalam industri. | |
| ► | Asid metanoik digunakan untuk penggumpalan susu getah dalam industri getah. | |
| ► | Asid etanoik digunakan untuk membuat cuka. | |
| ► | Asid karbonik digunakan untuk membuat minuman bergas. | |
| ► | Asid nitrik digunakan untuk membuat baja, plastik dan bahan-bahan letupan. |
| ► | Ammonia digunakan untuk membuat agen pembersih, baja, asid nitrik dan menyimpan susu getah dalam bentuk cecair. | |
| ► | Magnesium hidroksida digunakan untuk membuat pil gastrik dan ubat gigi. | |
| ► | Kalsium hidroksida digunakan untuk membuat simen, air kapur dan meneutralkan keasidan tanah. | |
| ► | Natrium hidroksida digunakan untuk membuat bahan pencuci, sabun, baja dan agen pelunturan. |
Peranan air untuk menunjukkan sifat-sifat asid
■ Peranan air dalam pembentukan ion hidrogen
| ► | Dengan kehadiran air,
|
|||||||||||||||
| ► | Contoh: asid hidroklorik
|
![]() |
Makmal Aktiviti 7.1.1: Peranan air untuk menunjukkan sifat-sifat asid |
■ Peranan air dalam pembentukan ion hidroksida
| ► | Dengan kehadiran air,
|
|||||||||||||||
| ► | Contoh: Ammonia
|
|||||||||||||||
| ► | Contoh: Kalsium hidroksida
|
![]() |
Makmal Aktiviti 7.1.2: Peranan air untuk menunjukkan sifat-sifat alkali |
Sifat-sifat asid
■ Sifat-sifat fizik
| ► | Rasa masam | |
| ► | Mengkakis | |
| ► | Menukar kertas litmus biru merah | |
| ► | Mempunyai nilai pH < 7 | |
| ► | Mengkonduksikan elektrik |
| ► | Bertindak balas dengan logam reaktif untuk membebaskan gas hidrogen, H2. Contoh: Asid hidroklorik bertindak balas dengan magnesium untuk membebaskan gas hidrogen.
|
|||
| ► | Bertindak balas dengan karbonat logam untuk membebaskan karbon dioksida, CO2. Contoh: Asid hidroklorik bertindak balas dengan kalsium karbonat untuk membebaskan gas karbon dioksida.
|
|||
| ► | Bertindak balas dengan bes untuk membentuk garam dan air. Contoh: Asid hidroklorik bertindak balas dengan magnesium oksida untuk magnesium klorida dan air.
|
|||
| ► | Meneutralkan larutan alkali untuk membentuk garam dan air SAHAJA. Contoh: Asid hidroklorik bertindak balas dengan natrium hidroksida untuk membentuk natrium klorida dan air.
|
![]() |
Makmal Aktiviti 7.1.3: Sifat-sifat asid |
Sifat-sifat alkali
■ Sifat-sifat fizik
| ► | rasa pahit dan berasa licin | |
| ► | mengkakis | |
| ► | bertukar kertas litmus merah kepada biru | |
| ► | mempunyai nilai pH > 7 | |
| ► | mengkonduksikan elektrik |
| ► | Bertindak balas garam ammonium untuk menghasilkan garam, air dan gas ammonia. Contoh: Natrium hidroksida bertindak balas dengan asid hidroklorik untuk membentuk natrium klorida dan air.
|
|||
| ► | Meneutralkan asid untuk membentuk garam dan air SAHAJA. Contoh: Natrium hidroksida bertindak balas dengan ammonium klorida untuk menghasilkan natrium klorida, air dan gas ammonia.
|
✍ Contoh 7.1(a)
Pilih benar [ √ ] atau salah [ X ] untuk pernyataan yang diberikan.
| Pernyataan | Jawapan |
| Ion hidrogen, H+ dan ion hydroxonium, H3O+ adalah tidak sama. | ✘ |
| Semua alkali adalah bes tetapi bukan semua bes adalah alkali. | ✔ |
| Asid adalah penderma proton dan alkali adalah penerima proton. | ✔ |
| Semua bes mengandungi ion hidroksida, OH-. | ✘ |
| Asid dan bes memerlukan air untuk menunjukkan sifat asid dan alkali mereka masing-masing | ✔ |
| ⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. | ||
![]() |
![]() |
|







klau buat blog dpt ape
ReplyDeleteDapat pengalaman.
Deletedapat pahala
DeleteTerima kasih share ilmu kimia hehe ;)
ReplyDelete