Tuesday 8 September 2015

4.2 Alkohol dan Kesannya Terhadap Kesihatan

Alkohol
■ Alkohol ialah sebatian karbon organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen sahaja.
■ Antara contoh alkohol ialah:

Metanol Etanol
Formula struktur metanol
Formula struktur etanol

Pengeluaran Alkohol
■ Alkohol boleh dihasilkan melalui proses penapaian daripada sumber karbohidrat seperti glukosa, strach, gandum, barli, beras pulut dan anggur.
■ Proses penapaian

Penukaran karbohidrat (gula) ke etanol (alkohol) dan karbon dioksida oleh yis.

Enzim zymase dalam yis bertindak balas dengan makanan karbohidrat, menukarkan ia kepada etanol (alkohol) dan melepaskan karbon dioksida.

Etanol yang diperolehi melalui proses penapaian boleh ditulenkan melalui proses penyulingan.
■ Video ini menerangkan tentang penyediaan etanol. (English)

Aktiviti Makmal 4.2.1: Penapaian dan Penyulingan Etanol

Sifat-sifat Alkohol
■ Sifat-sifat umum alkohol adalah

Larut dalam air

Cecair tidak berwarna

Bau yang kuat

Neutral

Pelarut organik yang baik

Takat lebur dan takat didih yang rendah menyebabkan ia
mudah terbakar di udara
mudah tersejat

Pembakaran yang dan menghasilkan api biru tanpa jelaga

Pembakaran dengan oksigen berlebihan menghasilkan karbon dioksida dan air

Bertindak balas dengan asid organik seperti asid etanoik untuk menghasilkan ester, cecair dengan wangian berbau manis. Asid sulfurik pekat ditambah sebagai pemangkin. Tindak balas yang berlaku yang dikenali sebagai tindak balas pengesteran.

Aktiviti Makmal 4.2.2: Sifat-sifat Alkohol


Kegunaan Alkohol
■ Bahan api

Boleh digunakan sebagai bahan api kerana ia menghasilkan pembakaran bebas jelaga

Boleh digunakan sebagai bahan api pembakaran dalam lampu minyak

Digunakan sebagai bahan api kenderaan di Brazil
■ Ubat-ubatan

Digunakan untuk melarutkan iodin untuk menyediakan larutan iodin (antiseptik) untuk disapu pada luka

Digunakan untuk membunuh kuman sebelum suntikan yang diberikan

Sesetengah ubat batuk (cecair) mengandungi etanol
■ Kosmetik

Digunakan dalam pembuatan kosmetik seperti minyak wangi, losyen bercukur, kuku varnis dan pelembap kulit
■ Perisa makanan tiruan

Ester digunakan untuk menghasilkan perasa tiruan seperti oren dan strawberi dalam makanan seperti ais krim
■ Pelarut

Digunakan sebagai pelarut untuk varnis dan dakwat percetakan
■ Minuman beralkohol

Etanol digunakan untuk membuat minuman keras seperti bir dan wain

Kesan Alkohol Kepada Kesihatan Kita
■ Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh mengurangkan daya ingatan, menggangu koordinasi saraf, mabuk, mengurangkan tumpuan dan melambatkan tindak balas serta menjejaskan keimunan terhadap jangkitan penyakit.

Sirosis hati ialah penyakit hari yang menyebabkan ulser perut dan malnutrisi akibat daripada pengambilan alkohol secara berlebihan.

Malnutrisi berlaku kerana seseorang sentiasa berasa kenyang dan tidak mengamalkan gizi seimbang selepas minum alkohol secara berlebihan.

Wanita yang mengambil alkohol semasa mengandung akan membahayakan fetus dalam kandungan kerana bayu mungkin dilahirkan dengan masalah-masalah fizikal dan psikologi.
■ Jadual dibawah menunjukkan kesan buruk pengambilan alkohol dengan dos yang berlainan.

Dos rendah Dos sederhana Dos tinggi
merangsang otak dan memanaskan badan
Menenangkan otak
mengurangkan daya tahan diri dari segi fizikal dan emosi
mengurangkan tumpuan
mengganggu koordinasi saraf
melambatkan tindakan refleks
bertutur dengan tidak jelas
emosi terganggu
berasa pening
muntah
sesak nafas
pengsan/koma
■ Video ini menerangkan tentang kesan-kesan alkohol ke atas badan kita.(English)


4.3 Lemak dan Kesannya Terhadap Kesihatan →

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment