Tuesday, 8 September 2015

4.3 Lemak dan Kesannya Terhadap Kesihatan

Lemak
■ Lemak ialah sebatian karbon organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen.
■ Lemak wujud dalam bentuk

cecair pada suhu bilik dikenali sebagai minyak. Lemak tumbuhan biasanya wijud dalam bentuk cecair. Contoh minyak ialah minyak soya, minyak sayur, minyak zaitun dan minyak jagung.

pepejal pada suhu bilik biasanya berasal daripada lemak haiwan. Contoh lemak ialah lemak dalam daging, mentega, minyak sapi, keju dan marjerin.
■ Lemak terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:

Lemak tepu

Lemak tak tepu

Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu
■ Lemak haiwan ialah lemak tepu manakala lemak tumbuhan ialah lemak tak tepu.
■ Lemak tepu

Nisbah antara bilangan atom hidrogen dengan bilangan atom karbon adalah tinggi berbanding dengan lemak tak tepu.

Bilangan atom hidrogen adalah maksimum dan tidak boleh menerima atom hidrogen tambahan lagi.

Ikatan ganda dua tidak wujud antara atom karbon dengan atom hidrogen dalam molekul lemak.
■ Lemak tak tepu

Boleh menerima atom hidrogen tambahan kerana ikatan ganda dua wujud antara atom karbon dengan atom hidrogen dalam molekul lemak


Persamaan dan Perbezaan antara Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu

Ciri-ciri Lemak tepu Lemak tak tepu
Unsur Karbon, hidrogen dan oksigen
Sumber Lemak haiwan Lemak tumbuhan
Keadaan dalam suhu bilik Pepejal Cecair
Takat cair Tinggi Rendah
Bilangan atom hidrogen Lebih Kurang
Kandungan kolesterol Tinggi Hampir tiada
Kesan ke atas kesihatan Kesan buruk Kesan bagus
Contoh Lemak ayam Minyak zaitun

Kesan Pengambilan Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu kepada Kesihatan Kita
■ Penggunaan lemak tepu yang berlebihan akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Ini kerana lemak tepu yang kaya dengan kolesterol.
■ Penggunaan lemak tepu (lemak haiwan) yang berlebihan boleh menyebabkan pemendapan kolesterol dalam saluran darah yang boleh menyebabkan:

strok

tekanan darah tinggi

serangan jantung
■ Sebaliknya, penggunaan lemak tak tepu adalah baik untuk kesihatan.
■ Lemak tak tepu boleh menurunkan kepekatan kolesterol dalam darah. Ini boleh mengurangkan risiko tekanan dan serangan jantung darah tinggi.
■ Lemak tak tepu berkeupayaan menyerang dan meneutralkan kolesterol lemak tepu dan membawanya ke hati untuk diuraikan.


4.4 Kelapa Sawit dan Kepentingannya kepada Pembangunan Negara →

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.