Thursday 3 September 2015

3.2 Kesan Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran Alam Sekitar
■ Pencemaran alam sekitar adalah kemerosotan kualiti alam sekitar yang disebabkan oleh peningkatan bahan-bahan yang mengancam keseimbangan alam dan kesihatan hidupan.
■ Antara punca pencemaran ialah:

Penggunaan bahan api fosil yang tidak terkawal.

Pelupusan bahan buangan seperti produk-oleh industri, bahan-bahan toksik, bahan radioaktif, asap dan haba daripada kilang-kilang.

Penggunaan baja kimia dan racun perosak yang tidak terkawal dalam bidang pertanian.

Pelupusan sampah seperti plastik, sisa makanan, bahan-bahan pepejal dan pelupusan kumbahan.

Bunyi bising, asap dan gas beracun yang dikeluarkan oleh kenderaan dan mesin

Penggunaan klorofluorokarbon (CFC) seperti dalam aerosol, penyaman udara dan peti sejuk.
■ Secara umumnya, pencemaran alam sekitar mempunyai kesan negatif ke atas alam sekitar.

Mengancam kesihatan manusia

Memusnahkan habitat haiwan

Menyebabkan kepupusan spesies

Menyebabkan kehilangan sumber ekonomi

Merosakkan keindahan alam semula jadi

Sumber Pencemaran Alam Sekitar
■ Pelbagai jenis bahan pencemar yang wujud dalam alam sekitar adalah kesan daripada aktiviti manusia.

Punca Bahan pencemar Kesan
Bahan api fosil dari kenderaan Gas-gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, hidrokarbon dan asap
Karbon dioksida menyebabkan pemanasan global dan kesan rumah hijau
Karbon monoksida menghalang pengankutan oksigen sel darah merah
Sulfur dioksida mengakibatkan sesak nafas
Asap yang banyak boleh menyebabkan jerebu dan penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan manusia
Kilang-kilang di kawasan industri Nitrogen dioksida, sulfur dioksida dan logam berat
Gas nitrogen dioksida dan gas sulfur dioksida akan membentuk hujan asid apabila gas-gas ini larut dalam awan
Hujan asid akan melarutlesapkan mineral dalam tanah
Ini menyebabkan kematian tumbuhan dan kemusnahan habitat tertentu
Reaktor nuklear Sisa radioaktif
Menjejaskan sel-sel hidup yang menyebabkan mutasi sel yang boleh menjadi sel kanser
Kilang papan dan kilang pemprosesan makanan Sisa pepejal dan habuk gergaji yang mencemari air dan tanah
Sisa pepejal boleh mengakibatkan parit tersumbat, seterusnya banji semasa hujan
Pembakaran habuk gergaji yang tidak sempurna membebaskan zarah-zarah yang belum dibakar ke atmosfera dan boleh mengganggu sistem pernafasan manusia
Sektor pertanian Baja kimia, pestisid dan fungisid
Apabila bahan ini bercampur dalam air, bahan ini akan mengubah komposisi air dan menyebabkan kematian flora dan fauna akuatik
Kawasan perumahan Sisa pepejal dan kumbahan
Pelbagai mikroorganisma yang berbahaya dalam kumbahan boleh mencemarkan air minuman dan air tanah seterusnya menyebabkan wabak penyakit
Bahan penyejuk dalam penyaman udara dan peti ais Klorofluorokarbon (CFC)
CFC mencemarkan udara dan memusnahkan molekul ozon dalam stratosfera. Ini menyebabkan penipisan lapisan ozon.

■ Video ini menerangkan mengenai pencemaran udara.


Kesan Pencemaran
■ Pemanasan global

Pemansan global ialah kenaikan suhu di permukaan Bumi akibat daripada pertambahan satu atau lebih gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana, oksida nitrogen dan klorofluorokarbon (CFC) yang disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terkawal.

Lapisan karbon dioksida menghalang haba berdekatan permukaan Bumi daripada keluar ke angkasa lepas. Kesan ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.

Haba yang terperangkap di bumi menyebabkan suhu global meningkat. Fenomena ini dikenali sebagai pemanasan global.

Pemanasan global secara tidak langsung akan mengubah iklim dunia dan paras laut meningkat.
■ Penipisan lapisan ozon

Ozon berkumpul di bahagian atas atmosfera (stratosfera) kira-kira 25km - 30km di atas permukaan Bumi dan mempunyai ketumpatan udara yang rendah.

Di stratosfera, ozon sentiasa dihasilkan dan dimusnahkan secara berterusan. Apabila cahaya matahari membedil satu molekul ozon, tenaga sinar ultraungu daripada cahaya matahari akan diserap oleh molekul ozon. Ini menyebabkan molekul ozon berpecah kepada satu atom oksigen (O) dan satu molekul oksigen (O2). Apabila satu molekul oksigen yang baharu dihasilkan berlanggar dengan satu atom oksigen, ozon baharu dihasilkan semula.

Penggunaan CFC di dalam aerosol, penyaman udara dan peti sejuk telah mengakibatkan penipisan lapisan ozon. CFC dipecahkan oleh sinar ultrungu yang bahaya di stratosfera untuk membentuk atom klorin. Atom-atom klorin yang dihasilkan memusnahkan ozon.

CFC yang dilepaskan ke atmosfera mengurai molekul ozon menjadi molekul oksigen. Fenomena ini dipanggil penipisan lapisan ozon.

Akibatnya, lubang yang besar terbentuk di langit kerana penipisan lapisan ozon. Lubang di lapisan ozon membolehkan sinar ultraviolet untuk menembusi dan sampai ke Bumi.

Pendedahan kepada sinaran ultraungu disebabkan oleh penipisan lapisan ozon membawa kesan buruk kepada semua hidupan di Bumi.
■ Video ini menerangkan dengan lebih terperinci mengenai pemanasan global (English)



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

1 comment: