Monday 7 September 2015

4.1 Pelbagai Sebatian Karbon

Sebatian Karbon
■ Sebatian karbon ialah bahan yang mengandungi karbon yang bergabung dengan unsur-unsur lain dalam tindak balas kimia. Sebatian karbon terbahagi kepada:

Sebatian karbon organik
Sebatian yang mempunyai gabungan karbon dengan unsur-unsur lain dan biasanya terdapat dalam organisma hidup.
Unsur-unsur yang wujud dalam sebatian karbon organik termasuklah karbon, hidrogen, oksigen, sulfur dan fosforus. Sebagai contoh, karbohidrat dan protein.
Semua hidupan dan fosil bahan api mengandungi sebatian karbon organik.

Sebatian karbon tak organik
Sebatian yang mempunyai gabungan karbon dengan unsur-unsur lain tetapi tidak terdapat dalam organisma hidup. Sebatian ini biasanya diekstrak daripada garam mineral Bumi.
Sebatian karbon tidak organik boleh dibahagi kepada sebatian logam dan sebatian bukan logam.
Contoh sebatian karbon tidak organik ialah natrium karbonat, air kapur, karbon monoksida dan karbon dioksida.
■ Perbandingan antara sebatian karbon organik dan sebatian karbon tak organik

Ciri-ciri Sebatian karbon organik Sebatian karbon tak organik
Kandungan utama Unsur karbon
Berasal dari hidupan Ya Tidak
Menghasilkan karbon dioksida ketika pembakaran Ya Tidak, kecuali sebatian karbonat
Saiz molekul atau sebatian Biasanya besar Kecil
Keterlarutan Larut di dalam pelarut organik seperti alkohol Larut dalam pelarut tak organik seperti air
Contoh Kanji Karbon dioksida


Sebatian Hidrokarbon
■ Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon dan hidrogen sahaja, melalui ikatan kovalen. Antara contoh hidrokarbon:

Petroleum

Gas asli

Arang batu
■ Petroleum terbentuk daripada sisa-sisa tumbuhan dan haiwan yang mati dalam laut berjuta-juta tahun yang lalu.

Apabila tumbuhan dan haiwan mati, bangkai tumbuhan dan haiwan akan tenggelam ke dasar laut. Kemudian, ia termendap dan tertimbus dalam lumpur dan pasir yang beribu-ribu meter dalamnya dari permukaan bumi.

Dalam jangka masa yang panjang, sebatian karbon organik yang terbentuk daripada bangkai tumbuhan dan haiwan itu mengalami tekanan dan haba yang tinggi di bawah tanah.

Komposisi kimia sebatian karbon organik itu berubah disebabkan oleh tekanan dan haba yang tinggi dan terurai menjadi hidrokarbon, iaitu petroleum dan gas asli yang terperangkap antara lapisan-lapisan batu yang tidak telap.
■ Video ini menerangkan bagaiman hidrokarbon terjadi. (English)

Contoh latihan 4.1(a)
Lengkapkan kumpulan sebatian karbon dibawah.
Karbohidrat Petroleum Kalsium karbonat (batu marmar) Kalium sianida
Karbon dioksida Kuprum (II) karbonat Karbon monoksida Protein
Alkohol Lemak Arang Selulosa
Sutera Minyak sawit Gas asli

Sebatian karbon organik Sebatian karbon tak organik
Sebatian logam Sebatian bukan logam
Karbohidrat, petroleum, protein, alkohol, lemak, arang, selulosa, gas asli, sutera, minyak sawit Kalsium karbonat (batu marmar), kalium sianida, kuprum (II) karbonat Karbon dioksida, karbon monoksida


4.2 Alkohol dan Kesannya Terhadap Kesihatan →

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian anda.. Sangat berguna semasa PKP seperti sekarqang

    ReplyDelete
  2. Kenepa 4.3 4.4 tak dpat tekan?

    ReplyDelete