✍ Contoh latihan 1.2(a)
Pilih betul [✔] atau salah [✘] untuk kenyataan-kenyataan berikut.
Pernyataan
Penyiasatan saintifik dilakukan melalui satu siri langkah yang sistematik dikenali sebagai kaedah saintifik.
✔
Semua penyiasatan saintifik yang dijalankan mestilah melibatkan data berangka.
✘
Semua hipotesis dapat dibuktikan benar.
✘
Inferen adalah kesimpulan awal yang dibuat berdasarkan pemerhatian awal.
✔
Pembolehubah yang dimanipulasikan merupakan pembolehubah yang digunakan untuk menguji hipotesis.
✔
✍ Contoh latihan 1.2(b)
Padankan langkah-langkah penyiasatan saintifik berikut berdasarkan penjelasan yang diberikan.
Keterangan
Kaedah penyiasatan saintifik
Proses membentuk kesimpulan yang logik awal, yang mungkin atau mungkin tidak benar, untuk menerangkan proses pemerhatian.
Membuat inferen
Satu proses membuat kenyataan umum yang menyatakan hubungan antara pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah yang dimanupulasikan
Membuat hipotesis
Satu langkah dalam penyiasatan saintifik supaya maklumat yang disampaikan dengan cara yang lebih bermakna.
Menganalisa data
Faktor-faktor atau keadaan yang mempengaruhi faktor-faktor lain dalam penyiasatan.
Pembolehubah
✍ Contoh latihan 1.2(c)
Untuk pengaratan berlaku, udara dan air diperlukan. Seorang pelajar menjalankan satu eksperimen untuk mengetahui sama ada udara diperlukan untuk paku besi berkarat. Tentukan pembolehubah yang terlibat dalam eksperimen ini.
No comments:
Post a Comment