Pages

Wednesday, 24 June 2015

2.4 Peranan Reseptor Regang dalam Mengekalkan Keseimbangan dan Koordinasi Badan

Reseptor Regang
■ Deria kinestesis

Sejenis deria yang membolehkan kita menyedari tentang kedudukan dan mengesan gerakan anggota badan untuk mengekalkan keseimbangan badan.

Deria kinestesis reseptor (reseptor regang) terdapat pada otot, endi, ligamen dan tendon.
■ Reseptor regang mengesan pergerakan dan kedudukan badan atau anggota badan dengan bertindak balas terhadap rangsangan.
■ Reseptor regang bertindak sebagai deria kinestesis:

Ketegangan otot, sendi, ligamen atau tendon akan merangsang reseptor regang.

Reseptor regang akan mencetuskan impuls dan dihantar melalui saraf ke otak.

Setelah pentafsiran, satu impuls dari otak akan dihantar ke bahagian-bahagian badan untuk mengkoordinasikan gerak balas yang sewajarnya.
■ Contoh deria kinestesis termasuk:

Berbasikal

Membutang baju tanpa melihat

Bermain piano
■ Video ini menunjukkan aktiviti yang dibantu oleh deria kinestesis. (English)



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment