Pages

Wednesday, 24 June 2015

2.5 Otak Manusia dan Kerencamannya

Struktur Otak Manusia
■ Otak manusia

Organ kompleks yang mengandungi berbilion saraf.

Ia dilindungi oleh struktur tulang keras yang dipanggil tengkorak.
■ Otak manusia terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu:

Serebrum

Serebelum

Medula oblongata
■ Animasi di bawah menunjukkan fungsi utama otak manusia: (English)
■ Video ini menunjukkan pengenalan asas kepada struktur otak dan fungsi. (English)
■ Video ini menunjukkan serebrum dan fungsinya. (English)

Tindakan Terkawal dan Tindakan Luar Kawal
■ Tindakan Terkawal

Jenis tindakan yang dilakukan mengikut kehendak kita.

Contoh: bercakap, berjalan, mendengar dan menulis
■ Tindakan Tidak Terkawal

Jenis tindakan yang berlaku tanpa disedari.

Otak tidak membuat keputusan sama ada tindakan akan berlaku atau tidak.

Contoh: bernafas, degupan jantung, peristalsis dan bersin.
■ Perbezaan antara tindakan terkawal dan tindakan tidak terkawal:

Ciri-ciri Tindakan terkawal Tindakan tidak terkawal
Dikawal mengikut kehendak Tindakan dibuat secara sedar Tindakan dibuat tanpa kesedaran
Rangsangan tindak balas Bermula di otak Tiada rangsangan
Kawalan tindakan Serebrum Medulla oblongata
Penghantaran Impuls Impuls bergerak melalui serebrum dari reseptor ke efektor Impuls bergerak melalui medula oblongata atau saraf tunjang ke efektor
Gerak balas Dapat dilambatkan atau dicepatkan Cepat atau spontan
Sistem saraf terlibat Sistem saraf soma Sistem saraf autonomi
Contoh tindakan Bercakap dan menulis Degupan jantung dan peristalsis

Kesan Kecedaraan pada Bahagian Tertentu Otak
■ Tengkorak melindungi otak manakala tulang belakang melindungi saraf tunjang.
■ Kecederaan pada otak

Kemalangan atau sakit boleh menyebabkan kecederaan kepada kawasan tertentu otak, dengan itu menjejaskan fungsinya.

Dalam keadaan yang teruk, kecederaan kepada kawasan tertentu otak mungkin boleh membawa maut.

Serebrum adalah bahagian terbesar otak yang menjalankan fungsi yang berbeza. Oleh itu kecederaan serebrum boleh menyebabkan kesan yang berbeza dalam badan kita.
■ Kesan kecederaan bahagian tertentu pada otak


Contoh latihan 2.5(a)
Labelkan dengan tepat bahagian-bahagian otak dibawah. (English)
Contoh latihan 2.5(b)
Kelaskan aktiviti-aktiviti atau tindakan berikut mengikut bahagian otak masing-masing.
Melihat Mendengar Mengayuh basikal Bau Bersin Degupan jantung
Mendengar Bernafas Peristalsis Memanjat Merasa Memegang

Kumpulan
Serebrum Melihat, mendengar, bau, mendengar, merasa, memegang
Serebelum Mengayuh basikal, memanjat
Medula oblongata Bersin, degupan jantung, bernafas, peristalsis
Penerangan
Serebrum mengawal tindakan terkawal seperti aktiviti mental, deria dan pergerakan otot.
Serebelum mengawal keseimbangan badan dan mengkoordinat pergerakan otot.
Medula oblongata mengawal tindakan luar kawal.


Contoh latihan 2.5(c)
Kelaskan aktiviti-aktiviti berikut kepada tindakan terkawal dan tindakal tidak terkawal.
Penghadaman Peristalsis Menari Menulis Bercakap
Bernafas Bersin Berjalan Rembesan air liur Ketawa

Kumpulan
Tindakan terkawal Menari, menulis, bercakap, berjalan, ketawa
Tindakan tidak terkawal Penghadaman, peristalsis, bernafas, bersin, rembesan air liur
Penerangan
Tindakan terkawal merupakan jenis tindakan yang dilakukan mengikut kehendak kita.
Tindakan luar kawal berlaku tanpa disedari, iaitu secara automatik.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment