Pages

Monday, 3 August 2015

8.2 Kegunaan dan Penghasilan Ammonia dalam Industri

Molekul Ammonia dan Sifatnya.
■ Molekul ammonia

Terdiri daripada satu atom nitrogen dan tiga atom hidrogen.
■ Ciri-ciri ammonia:

Gas yang beralkali

Tidak berwarna

Berbau sengit

Larut dalam air
Kegunaan Ammonia dan Sebatiannya dalam Kehidupan Harian

Kegunaan Penerangan
Membuat baja ammonia Larutan ammonia bersifat alkali. Apabila larutan ammonia bertindak balas dengan asid, maka baja ammonia terhasil.
Membuat asid nitrik Asid nitrik yang diperoleh itu digunakan untuk membuat baja, bahan letupan dan sebagainya.
Membuat pewarna Pewarna digunakan dalam industri kain dan kertas.
Membuat agen pencuci Apabila larutan ammonia bertindak balas dengan minyak tumbuhan, agen pencuci terhasil.
Membuat bahan letupan Asid nitrik dihasilkan daripada ammonia. Apabila asid nitrik bertindak balas dengan toluena, bahan letupan terhasil.
Sebagai agen penyejuk Digunakan untuk membuat agen penyejuk dalam peti sejuk dan alat hawa dingin.
Mencegah penggumpalan lateks Ammonia dapat meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam lateks dan mencegah lateks daripada menggumpal.

Penghasilan ammonia dalam industri
■ Penghasilan ammonia

Ammonia dihasilkan di kilang secara besar-besaran melalui proses Haber dengan menggunakan nitrogen dan hidrogen.
■ Animasi dibawah menunjukkan penghasilan ammonia melalui proses Haber.
■ Faktor - faktor yang mempengaruhi penghasilan ammonia.

Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi penghasilan ammonia secara optimum :
suhu
tekanan
mangkin

Tindak balas antara gas nitrogen dengan gas hidrogen merupakan tindak balas eksotermik.

Suhu optimum ialah 450℃ - 500℃. Jika suhu yang terlalu rendah akan menyebabkan kadar tindak balas menurun.

Penghasilan ammonia meningkat pada tekanan yang tinggi. Tekanan yang terlalu tinggi akan menimbulkan masalah teknikal kepada peralatan atau mesin yang digunakan. Oleh itu, tekanan 200-500 atmosfera digunakan.

Serbuk besi digunakan sebagai mangkin untuk meningkatkan kadar tindak balas. Namun demikian, mangkin tidak mempengaruhi peratus ammonia yang dihasilkan.
■ Video ini menunjukkan kegunaan ammonia dan penghasilan ammonia melalui proses Haber.
Penghasilan Baja Garam Ammonia dalam Industri
■ Baja ammonia ialah baja bernitrogen yang dapat membekalkan unsur nitrogen kepada haiwan dan tumbuhan untuk pembentukan protein.
■ Baja ammonia dapat disediakan mengikut langkah-langkah yang berikut:

Langkah 1: Larutan ammonia + asid → garam ammonium

Langkah 2: Garam ammonium disejatkan untuk mendapatkan larutan tepu garam ammonium

Langkah 3: Larutan tepu garam ammonium disejukkan dan dihablurkan untuk mendapatkan baja ammonia
■ Contoh baja ammonia

Larutan ammonia + asid sulfurik → Ammonia sulfat

Larutan ammonia + asid nitrik → Ammonia nitrat

Larutan ammonia + asid fosforik → Ammonia fosfat

Aktiviti Makmal 8.2.1: Penyediaan Baja Ammonium Sulfat

Pembuatan Baja Urea dalam Industri
■ Baja urea merupakan baja yang mengandungi peratus nitrogen yang lebih tinggi berbanding dengan baja ammonia.
■ Baja urea dapat disediakan dengan memanaskan campuran cecair ammonia dan cecair karbon dioksida pada suhu 200℃ dan tekanan 200 atmosfera.


Kedua-dua bahan tersebut bertindak balas pada keadaan suhu dan tekanan yang tinggi untuk membentuk garam ammonium karbamat.

Garam ini kemudiannya terurai pada tekanan yang lebih rendah untuk menghasilkan urea dan air.

Contoh latihan 8.2(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
(a) Antara kegunaan __________ammonia adalah untuk menghasilkan baja, asid nitrik, pewarna dan membuat agen pencuci.
(b) Ammonia dihasilkan di kilang secara besar-besaran melalui __________proses Haber dengan menggunakan nitrogen dan hidrogen.
(c) Nitrogen dan hidrogen yang digunakan untuk penghasilan ammonia adalah dalam nisbah __________1:3 mengikut isipadu.
(d) __________Serbuk besi digunakan sebagai mangkin untuk meningkatkan kadar tindak balas dalam penghasilan ammonia.
(e) __________Urea merupakan baja yang mengandungi peratus nitrogen yang lebih tinggi berbanding dengan baja ammonia.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

8 comments:

  1. Thank you very much,this is much useful!

    ReplyDelete
  2. Cg apakh faktor yg mengoptimumkan penghadilan ammonia

    ReplyDelete
  3. Cg apakh faktor yg mengoptimumkan penghadilan ammonia

    ReplyDelete
  4. apakah sumber utama gas nitrogen yg digunakan dlm t/balas ni?

    ReplyDelete
  5. Thank you very useful notes..

    ReplyDelete
  6. thank you so much.those notes is really helpful

    ReplyDelete