Pages

Monday, 6 July 2015

5.7 Tindak Balas Kimia yang Berlaku dengan Kehadiran Cahaya

Fotosintesis
■ Cahaya dan tindak balas kimia

Proses fotosintesis pada tumbuhan hijau

Proses pencucian gambar foto pada kertas fotografi
■ Proses fotosintesis:

Menggunakan air dan karbon dioksida untuk menghasilkan glukosa dan membebaskan gas oksigen

Klorofil merupakan pigmen hijau dalam daun hijau menyerap tenaga cahaya dan menukarkannya kepada tenaga kimia (glukosa)
Air + karbon dioksida → glukosa + oksigen

Tenaga cahaya yang diserap oleh klorofil dalam tumbuhan hijau digunakan untuk memecahkan molekul air kepada hidrogen dan oksigen. Proses ini disebut fotolisis air

Perubhan tenaga yang berlaku semasa proses fotosintesis adalah:
Tenaga cahaya → tenaga kimia
■ Kepentingan fotosintesis:

Memastikan keseimbangan paras oksigen dan karbon dioksida di dalam atmosfera

Menukarkan sumber tenaga daripada matahari kepada jenis tenaga yang boleh digunakan oleh manusia

Mengubah tenaga solar kepada tenaga kimia
■ Video ini menerangkan tentang proses fotosintesis. (English)

Bahan Kimia Fotosensitif
■ Bahan kimia fotosensitif

Bahan kimia yang bertindak balas dengan adanya cahaya

Contoh: Argentum klorida, argentum bromida, air korin dan larutan natrium hipoklorit
■ Video ini menunjukkan fungsi kamera
■ Kesan cahaya terhadap kertas fotografi

Kertas fotografi disaluti oleh satu lapisan nipis argentum klorida atau argentum bromida

Apabila kertas fotografi didedahkan kepada cahaya, tenaga cahaya menguraikan argentum klorida kepada atom argentum yang berwarna kelabu kehitaman

Kertas fotografi perlu disimpan dalam bekas atau pembalut yang kedap cahaya
■ Penyimpanan bahan kimia

Air klorin, larutan natrium hipoklorit dan garam argentum sangat sensitif kepada cahaya kerana ia akan mengurai untuk bahan-bahan lain jika terdedah.

Oleh kerana tingkah laku ini, kesemua bahan kimia fotosensitif mesti disimpan dalam keadaan gelap.

Filem fotografi perlu simpan dalam kotak hitam, manakala air klorin dan larutan natrium hipoklorit paling baik disimpan dalam botol gelap.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment