Pages

Wednesday, 1 July 2015

5.2 Perubahan Haba dalam Tindak Balas Kimia

Tindak Balas Eksotermik
■ Tindak balas kimia dapat dikelaskan kepada dua jenis:

Tindak balas eksotermik

Tindak balas endotermik
■ Tindak balas eksotermik boleh didefiniskan sebagai tindak balas yang membebaskan tenaga haba ke persekitaran.
■ Dalam tindak balas eksotermik:

Jumlah tenaga hasil tindal balas adalah kurang daripada jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas.

Pindahan tenaga ditunjukkan dalam rajah dibawah.

Oleh kerana tenaga haba yang dilepaskan dari bahan tindak balas kepada persekitarannya semasa tindak balas, suhu sekitar meningkat.

Kandungan dalam bekas itu menjadi panas. Oleh itu, bekas tersebut menunjukkan kenaikan suhu apabila diukur dengan termometer.
■ Contoh tindak balas eksotermik:

Pepejal natrium hidroksida dilarut dalam air.

Asid sulfurik pekat dilarutkan dalam air.

Tindak balas zink dengan asik hidroklorik cair.

Tindak balas larutan natrium hidroksida dengan asid hidoklorik cair (tindak balas peneutralan)
Tindak Balas Endotermik
■ Endotermik boleh didefiniskan sebagai tindak balas yang menyerap tenaga haba dari persekitaran.
■Dalam tindak balas endotermik:

Jumlah tenaga hasil tindak balas adalah lebih daripada jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas

Pindahan tenaga ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Oleh kerana tenaga haba yang diserap oleh bahan tindak balas dari persekitarannya semasa tindak balas, suhu persekitaran menurun.

Kandungan dalam bekas itu menjadi sejuk. Oleh itu, wasiat bekas menunjukkan suhu yang lebih rendah apabila diukur dengan termometer.
■ Contoh tindak balas endotermik:

Pepejal kalium nitrat di larut dalam air.

Pepejal ammonium nitrat, ammonium sulfat atau ammonium kloride dilarutkan dalam airl

Aktiviti Makmal 5.2.1: Tindak Balas Eksotermik dan Tindak Balas Endotermik

Tindak Balas Kimia dalam Industri
■ Terdapat dua proses kimia yang penting dalam industri

Proses Haber - menghasilkan ammonia

Proses Sentuh - menghasilkan asid sulfurik
■ Proses Haber

Melibatkan campuran nitrogen dan hidrogen.

Apabila ammonia dihasilkan, ikatan antara atom nitrogen dan hidrogen berlaku.

Tindak balas yang membebaskan tenaga haba ke persekitaran. Oleh itu, proses Harbed merupakan tindak balas eksotermik

Merupakan tindak balas berbalik.

Video in menunjukkan proses Haber
■ Proses Sentuh

Asid sulfurik dihasilkan dalam tiga peringkat, iaitu:
Peringkat 1: Sulfur dibakar dengan oksigen untuk menghasilkan gas sulfur dioksida. Tenaga haba dibebaskan untuk membentuk ikatan baru.
Sulfur + oksigen → sulfur dioksida
Peringkat 2: Sulfur dioksida dan oksigen disalurkan ke vanadium (V) oksida, (pemangkin) pada suhu 450℃ - 500℃ dan di bawah tekanan 1 atmosfera untuk menghasilkan sulfur trioksida. Tindak balas ini boleh dibalikkan dan haba dilepaskan untuk membentuk ikatan yang baru.
Sulfur dioksida + oksigen → sulfur trioksida
Peringkat 3: Tindak balas ini membebaskan haba untuk membentuk ikatan kimia apabila oleum dan asid sulfurik dihasilkan. Oleh itu, proses Sentuh adalah satu tindak balas eksotermik.
Sulfur trioksida + asid sulfurik pekat → oleum
Oleun + air → asid sulfurik

Video in menunjukkan proses Sentuh
Contoh latihan 5.2(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
(a) Tindak balas yang membebaskan haba ke persekitaran dipanggil __________tindak balas eksotermik. Tenaga haba dibebaskan daripada bahan tindak balas kepada persekitaran yang menyebabkan suhu sekitar __________meningkat.
(b) Tindak balas yang menyerap atau mendapat haba dari persekitaran dipanggil __________tindak balas endotermik. Tenaga haba diserap persekitaran kepada bahan tindak balas yang menyebabkan suhu sekitar __________menurun.

Contoh latihan 5.2(b)
Pilih betul [✔] atau salah [✘] untuk kenyataan-kenyataan berikut.
Kenyataan
Pembekuan adalah tindak balas endotermik.
Peneutralan merupakan tindak balas eksotermik.
Letupan adalah tindak balas eksotermik.
Pencairan termasuk dalam tindak balas endotermik.

Contoh latihan 5.2(c)
Kuiz interaktif (English)

Contoh latihan 5.2(d)
Kuiz interaktif (English)


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment