Pages

Wednesday, 1 July 2015

Aktiviti Makmal 5.2.1: Tindak Balas Eksotermik dan Tindak Balas Endotermik


Aktiviti Makmal: 5.2.1: Tindak Balas Eksotermik dan Tindak Balas Endotermik
Tujuan: Mengkaji tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik.
Bahan:
» Ammonia klorida
» Natrium hidroksida
» Air

Radas:
» Tabung uji
» Getah penyumbat
» Spatula
Prosedur:

1. Tabung uji diisikan dengan air dan masukkan satu spatula ammonia kloride ke dalamnya.
2. Gunakan getah penyumbat untuk menutup tabung uji.
3. Tabung uji digoncang sehingga campuran itu larut dan perhatikan perubahan suhu dengan tangan.
4. Eksperimen diulang dengan menggunakan natrium hidroksida.
Pemerhatian:

Garam Suhu Haba Tindak balas
Ammonia klorida Sejuk Haba diserap Endotermik
Natrium hidroksida Panas Haba dibebaskan Eksotermik
Perbincangan:

Jika suatu tindak balas yang membebaskan haba, maka suhu larutan itu akan bertambah. Oleh itu, ini dipanggil tindak balas eksotermik.

Jika suatu tindak balas yang menyerap haba, maka suhu larutan itu akan berkurang. Oleh itu, ini dipanngil tindak balas endotermik.
Kesimpulan:

Tindak balas eksotermik berlaku dan suhu larutan meningkat.

Tindak balas endotermik berlaku dan suhu larutan menurun.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

3 comments:

  1. klau asid hidroklorik + natrium hidrogen karbonat tindak balas ape? dan apa bukti jawapan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://3.bp.blogspot.com/-nS5buj17MQE/ThMkixnc6LI/AAAAAAAAARk/pUaSfQpRiWk/s1600/Slide9.JPG

      Delete
  2. http://3.bp.blogspot.com/-nS5buj17MQE/ThMkixnc6LI/AAAAAAAAARk/pUaSfQpRiWk/s1600/Slide9.JPG

    ReplyDelete