Pages

Wednesday, 18 March 2015

Aktiviti Makmal 7.3.1 : Penyediaan larutan piawai


Aktiviti Makmal 7.3.1 : Penyediaan larutan piawai
Tujuan: Untuk menyediakan  100cm3 larutan piawai natrium hidroksida, 2moldm-3
Bahan:
» Ketulan Natrium hidroksida
» Air suling dalam botol

Radas:
» Kelalang Volume ()
» Penimbang Elektronik
» Corong turas
» Bikar
» Rod Kaca
 Prosedur:

1. Jisim ketulan natrium hidroksida yang diperlukan adalah seperti berikut:

=(bilangan mol x) ×(Jisim formula relatif)
=MV100×(23+1+16)
=2x1001000×40
=8g
2. 8 g natrium hidroksida dalam bikar dengan ditimbang pada penimbang elektronik.
3. Sedikit air suling ditambahkan kepada alkali di dalam bikar dan dikacau untuk melarutkan semua ketulan NaOH.
4. Larutan itu dituang ke dalam kelalang isipadu melalui corong turas yang bersih, bersama-sama dengan rod kaca untuk mencegah tumpahan.
5. Air suling ditambah kepada bikar dan dibasuh ke dalam kelalang isipadu.
6. Air suling ditambah ke dalam kelalang isipadu sehingga sedikit di bawah paras tanda. Dengan menggunakan penitis, air suling ditambah sehingga mencapai paras 100cm3 .
7. Kelalang ditutup dengan penutupnya dan digoncang secara perlahan-lahan untuk mendapatkan larutan yang sekata.
 Kesimpulan:

Kepekatan larutan natrium hidroksida adalah 2 moldm-3.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment