Pages

▼

Tuesday, 17 March 2015

7.3 Kepekatan Asid dan Alkali

Kepekatan
■ Kepekatan larutan

► Kuantiti [dalam gram atau mol unit] bagi bahan yang terlarut dalam  1dm3 larutan.
[Nota: 1dm3=1000cm3]
Kepekatan bagi larutan[gdm-3]
= jisim bahan terlarut (g)isipadu larutan( dm3)
Kepekatan bagi larutann [mol dm-3]
= Bilangan mol bahan terlaru (mol)isipadu larutan(dm3)
Juga dikenali sebagai kemolaran [Unit: Molar atau  mol dm-3]

► Contoh
Larutan Pengertian
5g dm-3 natrium hidroksida , NaOH 5 g natrium hidroksida,, NaOH in 1dm3 dalam  air
2 mol dm-3 larutan plumbum (II) nitrat,  Pb(NO3)2 2 mol  plumbum (II) nitra, Pb(NO3)2 dalam 1dm3 air
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai kepekatan dan kemolaran.


✍ Contoh 7.3(a)
50g kuprum (II) sulfat kontang dilarutkan dalam air untuk menghasilkan larutan 250cm3. Hitungkan kepekatan larutan yang dihasilkan dalam g dm-3?
Penyelesaian:
Langkah 1:
250cm3
=2501000dm3
= 0.25dm3

Langkah 2:
Kepekaan larutan kuprum(II) sulfat
=500.25
= 200g dm3
✍ Contoh 7.3(b)
Kalium klorida mempunyai kepekatan 14.9g dm-3. Apakah kepekatan bagi larutan tersebut dalam unit mol dm-3? [Jisim atom relatif: Cl, 35.5; K, 39]
Penyelesaian:
Langkah  1:
Jisim formula kalium klorida, KI
= 39 + 35.5
= 74.5

Langkah  2:
Kemolaran larutan kalium klorida

=14.974.5
= 0.2mol dm3


Hubungan antara bilangan mol dengan kemolaran dan isipadu larutan
■ Kepekatan suatu larutan

► Bilangan mol =MV1000
di mana  M = kemolaran larutan(mol dm-3), V = isipadu larutan(cm3)
Peringatan: Sila ambil perhatian pada unit sebelum menggunakan persamaan ini untuk pengiraan.

✍ Contoh 7.3(c)
100cm3 asid hidroklorik mengandungi 0.2 mol. Hitungkan kemolaran asid hidroklorik tersebut.
Penyelesaian:
Bilangan mol =MV1000
0.2 =M×1001000
Kemolaran asid hidroklorik, M =0.2×1000 100
= 2 mol dm-3

✍ Contoh 7.3(d)
Hitungkan bilangan mol asid nitrik yang terkandung dalam   200cm3 2 mol dm-3 larutan asid nitrik.
Penyelesaian:
Bilangan mol =MV1000
Kemolaran asid nitrik  =2×2001000
= 0.4mol


Pengiraan yang melibatkan kepekatan dan kemolaran
✍ Contoh 7.3(e)
28g kalium hidroksida terlarut dalam air untuk menyediakan  200cm3 larutan. Apakah kemolaran kalium hidroksida yang terhasil? [Jisim atom relatif: H, 1; O, 16, K, 39]
Penyelesaian:
Langkah  1:
Jisim formula relatif KOH
= 39 + 16 + 1 = 56
Bilangan mol of KOH
= 2856
= 0.5mol
Langkah  2:
Bilangan mol =MV1000
0.5 =M×2001000
M =0.5×1000200
Kemolaran kalium hidroksida, M = 2.5 mol dm-3

✍ Contoh 7.3(f)
Hitungkan jisim kalsium hidroksida yang terkandung 50cm3 dalam  larutan kalsium hidroksida 0.1mol dm-3.
[Jisim atom relatif: H, 1; O, 16; Ca, 40]  

Penyelesaian:
Langkah  1:
Bilangan mol = MV1000
Bilangan mol kalsium hidroksida
= 0.1×50 1000
= 0.005mol
Langkah  2:
Jisim formula relatif Ca(OH)2
= 40 + (16+1)×2 = 74
Jisim  kalsium hidroksida = 0.005×74
= 0.37g


Penyediaan larutan piawai
■ Suatu larutan yang kepekatannya diketahui.

► Untuk menyediakan larutan piawai dengan kemolaran yang dikehendaki.
○ Kelalang dengan isipadu yang diketahui [contoh:  100cm3, 250cm3, 500cm3 dan 1000cm3]  mesti digunakan.
○ Jisim dalam gram bagi bahan terlarut ditimbang dengan tepat.
■ Video berikut menunjukkan cara penyediaan larutan piawai.


✍ Contoh 7.3(f)
Berapakah jisim pepejal kalium iodida dalam gram yang dikehendaki bagi menyediakan [Jisim atom relatif: K, 39; I, 127] 

(i) 250cm3 1 M larutan kalium iodida
(ii) 500cm3 0.5 M larutan kalium iodida
Penyelesaian:
(i) 250cm3 1 M larutan kalium iodida
Langkah  1:
Bilangan mol = MV1000
= 1.0×250 1000
= 0.25mol
Langkah  2:
Jisim formula relatif KI
= 39 + 127 = 166
Jisim KI = 0.5×166
= 83g
(i) 500cm3 0.5 M larutan kalium iodida
Langkah  1:
Bilangan mol = MV1000
= 0.5×500 1000
= 0.25mol
Langkah  2:
Jisim formula relatif KI
= 39 + 127 = 166
Jisim KI = 0.25×166
= 83g

Aktiviti Makmal 7.3.1 : Penyediaan larutan piawai
Penyediaan larutan berkepekatan tertentu melalui menggunakan kaedah pencairan
■ Pencairan

► Satu proses mencairkan larutan pekat dengan menambah pelarut supaya mendapatkan larutan yang dicairkan.

► Bilangan mol bahan terlarut dalam larutan yang dicairkan = Bilangan mol larutan dalam larutan pekat.
Larutan Sebelum pencairan Selepas pencairan
Isipadu V1 V2
Kemolaran M1 M2
Bilangan mol bahan terlarut V1M11000 V2M21000
Persamaan untuk pencairan: V1M1 = V2M2
■ Video berikut menunjukkan tatacara untuk melakukan pencairan kimia termasuk persamaan pencairan.


Laboratory Activity 7.3.2: Penyediaan larutan dengan kepekatan tertentu melalui kaedah pencairan 
✍ Contoh 7.3(h)
100cm3  air ditambahkan kepada  150cm3 2mol dm-3   KOH. Tentukan kemolaran larutan yang dicairkan.
Penyelesaian:
Langkah  1:
Jumlah isipadu larutan
= 100 + 150 = 250cm3

Langkah  2:
M1V1 = M2V2
2(150) = M2(250)
M2 = 1.2mol dm-3

✍ Contoh 7.3(i)
Apakah isipadu 0.5mol dm-3 asid sulfurik yang diperlukan untuk dicairkan dengan
air suling supaya menghasilkan 100cm3 0.1mol dm-3  larutan asid sulfurik?
Penyelesaian:
M1V1 = M2V2
0.5(V1) = 0.1(100)
V1 = 20cm3





Hubungan antara nilai pH dan kemolaran bagi asid dan alkali
■ Nilai pH asid dan alkali bergantung kepada

► Darjah penceraian

► Kemolaran larutan
■ Untuk larutan yang mempunyai kemolaran yang sama

► Semakin tinggi darjah penceraian dalam asid, semakin rendah nilai pH.

► Semakin tinggi darjah penceraian dalam alkali, semakin tinggi nilai pH.
■ Untuk larutan yang sama

► Semakin tinggi kemolaran bagi larutan berasid, semakin rendah nilai pH .

► Semakin tinggi kemolaran larutan alkali, semakin tinggi nilai pH.

Aktiviti Makmal 7.3.3 : Hubungan antara nilai pH dengan kemolaran bagi asid dan alkali


Penyelesaian masalah yang berkenaan dengan kemolaran asid dan alkali
■ Garis panduan penyelesaian untuk masalah mengenai kemolaran asid dan alkali

► Tuliskan persamaan kimia yang seimbang.

► Senarai maklumat yang diberi dan nilai yang perlu ditentukan.

► Hitungkan bilangan mol berdasarkan maklumat yang diberikan.

► Hubungkaitkan bilangan mol yang diperolehi dengan bilangan mol bahan itu dalam persamaan.
■ ■ Garis panduan penyelesaian untuk masalah mengenai kemolaran asid dan alkali

► Bilangan mol = MV1000

► Pengetahuan mengenai bilangan mol dari Bab 3

✍ Contoh 7.3(j)
25cm3 2mol dm-3, asid nitrik bertindak balas dengan serbuk zink yang berlebihan. Hitungkan isipadu gas hidrogen dihasilkan di bawah keadaan suhu bilik. [Isipadu Molar:  24dm3
pada keadaan bilik]
Penyelesaian:
Zn(p) + 2HNO3(ak) → Zn(NO3)2(ak) + H2(g)
Isipadu asid, VA = 25cm3
Kepekaan asid, MA = 2mol dm-3
Isipadu gas hidrogen = ?
Bilangan mol HNO3 = 2 ×251000=0.05 mol
Dari persamaan, 2 mol asid nitrik membebaskan 1 mol gas hidrogen.
Jadi, 0.05 mol  asid nitrik membebaskan 0.025 mol gas hidrogen.
Isipadu gas hidrogen = 0.025×24 = 0.6dm3

✍ Contoh 7.3(k)
3 g magnesium, Mg, bertindak balas lengkap dengan asid nitrik, HNO3, 2mol dm-3 .  Hitungkan isipadu asid yang digunakan. [molar atom relatif: Mg, 24]
Penyelesaian:
Mg(p) + 2HNO3(ak) → Mg(NO3)2(ak) + H2(g)
Isipadu asid, VA = ? cm3
Kepekaan asid, MA = 2mol dm-3
Bilangan mol magnesium = 3 24=0.125 mol
Dari persamaan,  1 mol magnesium bertindak dengan 2 mol asid nitrik.
Jadi, 0.125 mol magnesium bertindak dengan  0.25 mol asid nitrik.
MV 1000=Bilangan mol
2 ×V1000=0.25
V=0.25x10000.2=125cm3

✍ Contoh 7.3(l)
Hitungkan kemolaran bagi  asid hidroklorik, 50cm3 HCl, yang bertindak balas lengkap dengan 3.25 g zink[Jisim atom relatif: Zn, 65]
Penyelesaian:
Zn(p) + 2HCl(ak) → ZnCl2(ak) + H2(g)
Isipadu asid, VA = 50cm3
Kepekaan asid, MA = ? mol dm-3
Bilangan mol of Zn = 3.25 65=0.05 mol
Dari persamaan, 1 mol zink bertindak dengan 2 mol asid hidroklorik.
Jadi, 0.05 mol zink bertindak dengan 0.1 mol asid hidroklorik.
MV 1000=Bilangan mol
M ×501000=0.1
M=0.1x100050=2mol dm3


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

2 comments: