Pages

Thursday, 29 January 2015

2.1 Jirim

Jirim
■ Apa-apa sahaja yang memenuhi ruang dan mempunyai jisim.
■ Tiga keadaan jirim: pepejal, cecair dan gas.
■ Animasi berikut menunjukkan ciri-ciri bagi jirim dalam keadaan pepejal, cecair dan gas.
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai ciri-ciri jirim.
■ Zarah-zarah jirim

Jirim terdiri daripada zarah-zarah diskret yang sangat kecil.

Zarah-zarah asas yang membentuk jirim mungkin adalah atom, molekul atau ion.

Animasi berikut menunjukkan pengkelasan jirim mengikut zarahnya.
■ Bukti-bukti yang menunjukkan wujudnya zarah-zarah dalam jirim.

Dakwat merebak ke seluruh air apabila dititis ke dalam bikar yang mengandungi air.

Bau gas dikesan apabila paip gas di dalam makmal terbuka.



Teori kinetik jirim
■ Teori kinetik jirim:

Zarah-zarah mempunyai tenaga kinetik. Ia sentiasa berada dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan berlanggar antara satu sama lain.

Zarah-zarah sentiasa bergerak secara rawak dan halajunya dalam tiga keadaan fizikal jirim adalah berbeza.

Terdapat daya tarikan antara zarah-zarah jirim. Daya tarikan akan meningkat apabila jarak di antara zarah-zarah menjadi lebih dekat.

Semakin tinggi suhu, semakin tingginya tenaga kinetik zarah-zarah kerana halajunya yang semakin  bertambah.

Pada suhu tertentu, zarah-zarah yang lebih ringan bergerak lebih pantas daripada yang lebih berat.
■ Bukti-bukti bagi menunjukkan teori kinetik jirim

Diffusion: Pergerakan zarah-zarah dalam jirim dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah sehingga kedua-dua kawasan mempunyai kepekatan yang sama.

Pergerakan Brownian: Zarah-zarah cecair dan gas bergerak secara rawak dan berlanggar antara satu sama lain.


Makmal Aktiviti 2.1.1: Mengkaji resapan zarah-zarah dalam keadaan gas, cecair dan pepejal

Perubahan dalam keadaan jirim
■ Tenaga haba menentukan pergerakan zarah-zarah dalam jirim:

Jika suhu jirim bertambah, tenaga kinetik dalam zarah-zarah akan meningkat.

Zarah-zarah akan bergerak pada kadar yang lebih cepat.
■ When heat is supplied:

Keadaan jirim akan berubah dari pepejal kepada cecair dan akhirnya kepada gas.

Perubahan dalam keadaan jirim yang berlaku adalah:

Peleburan - dari keadaan pepejal kepada keadaan cecair

Pendidihan - dari keadaan cecair kepada keadaan gas

Pemejalwapan - dari keadaan pepejal kepada keadaan gas (tanpa melalui keadaan cecair)

Animasi berikut menunjukkan graf perubahan suhu bagi pemanasan sesuatu bahan.



Di titik A, bahan itu adalah dalam keadaan pepejal.

Pada AB, tenaga haba diserap oleh zarah-zarah apabila dipanaskan.

Di titik B, bahan itu masih berada dalam keadaan pepejal.

Pada BC, suhu bahan mewakili takat lebur.

Di titik C, bahan berada dalam keadaan cecair.

Pada CD, suhu bahan mula meningkat menyebabkan zarah-zarah memperolehi lebih banyak tenaga kinetik.

Di titik D, bahan itu masih dalam keadaan cecair

Pada DE, bahan itu dalam keadaan campuran cecair-gas.

Di titik E, kesemua bahan itu bertukar ke dalam keadaan gas.

Pada EF, zarah-zarah terus menyerap haba dan bergerak lebih pantas.
■ Apabila haba dibebaskan:

Keadaan jirim akan berubah daripada gas kepada cecair dan akhirnya kepada pepejal.

Perubahan dalam keadaan jirim yang berlaku adalah:

Pembekuan - dari keadaan cecair kepada keadaan pepejal

Pemeluwapan - dari keadaan gas kepada keadaan cecair

Pemejalwapan - dari keadaan gas kepada keadaan pepejal

Animasi berikut menunjukkan graf perubahan suhu bagi penyejukan sesuatu bahan.



Di titik G, bahan itu berada dalam keadaan gas.

Pada GH, zarah-zarah kehilangan tenaga kinetik.

Di titik H, bahan itu masih dalam keadaan gas.

Pada HI, suhu bahan mewakil takat didih.

Di titik I, bahan itu dalam keadaan cecair.

Pada IJ, suhu berkurangan dan zarah-zarah mula membebaskan tenaga haba.

Di titik J, cecair mula membeku.

Pada JK, suhu bahan mewakili takat beku.

Di titik K, semua cecair berada dalam keadaan pepejal.

Pada KL, suhu pepejal semakin berkurangan.
■ Animasi berikut menunjukkan perubahan keadaan jirim dan perubahan haba

Aktiviti Makmal: 2.1.2 : Menentukan takat lebur naftalena


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment