Pages

Tuesday, 8 September 2015

Aktiviti Makmal 4.2.2: Sifat-sifat Alkohol

Aktiviti Makmal 4.2.2:
Sifat-sifat Alkohol
Tujuan: Mengkaji sifat-sifat alkohol
Bahan:
» Cecair etanol
» Kayu uji
» Kertas turas
» Asid etanoik
» Asid sulfurik pekat
» Mancis

Radas:
» Tabung uji
» Mangkuk penyejat
» Bikar 100ml
» Kasa dawai
» Tungku kaki tiga
» Penunu Bunsen

Prosedur:

(A) Etanol + air
1. Sedikit etanol diletakkan ke dalam tabung uji yang mengandungi air.

(B) Etanol + pembakaran
1. Sedikit etanol diletakkan ke dalam piring penyejat.
2. Cecair etanol tersebut dibakar.
3. Letakkan sekeping kertas turas di atas api dan keluarkan ia dengan cepat.

(C) Etanol + asid etanoik
1. 10cm3 etanol dan 10cm3 asid etanoik dimasukkan ke dalam bikar.
2. Beberapa titik asid sulfurik pekat ditambahkan ke dalam bikar.
3. Campuran bikar tersebut dipanaskan sehingga mendidih.


Pemerhatian:

(A) Etanol + air
Etanol larut di dalam air

(B) Etanol + pembakaran
Etanol terbakar dengan mudah di udara dengan api biru bebas jelaga

(C) Etanol + asid etanoik
Bau wangi terhasil

Analisis:

Alkohol mudah terlarut di dalam air.

Etanol terbakar dengan api biru bebas jelaga di udara kerana etanol mengalami pembakaran lengkap.

Pembakaran etanol di udara menghasilkan karbon dioksida dan air
Etanol + oksigen → karbon dioksida + air

Pengesteran terjadi apabila alkohol bertindak balas dengan asid organik dengan kehadiran asid sulfurik pekat sebagai pemangkin.
Alkohol + asid organik → ester + air

Ester menghasilkan bau yang wangi.

Perbincangan:

Proses pengesteran di dalam eksperimen ini boleh diwaliki oleh persamaan berikut:
Etanol + asid etanoik → etil etanoat + air

Kesimpulan:

Alkohol larut di dalam air, terbakar dengan mudah dan bertindak balas dengan asid organik untuk menghasilkan ester.



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

2 comments:

  1. This is how my acquaintance Wesley Virgin's story begins in this shocking and controversial VIDEO.

    You see, Wesley was in the army-and soon after leaving-he discovered hidden, "mind control" tactics that the CIA and others used to obtain whatever they want.

    As it turns out, these are the EXACT same SECRETS lots of famous people (notably those who "became famous out of nowhere") and the greatest business people used to become rich and successful.

    You probably know how you only use 10% of your brain.

    Mostly, that's because most of your brainpower is UNCONSCIOUS.

    Maybe this thought has even taken place IN YOUR very own brain... as it did in my good friend Wesley Virgin's brain 7 years back, while driving a non-registered, beat-up bucket of a car with a suspended license and $3 on his bank card.

    "I'm very frustrated with living paycheck to paycheck! Why can't I become successful?"

    You took part in those questions, am I right?

    Your very own success story is going to happen. All you need is to believe in YOURSELF.

    Take Action Now!

    ReplyDelete