Pages

Tuesday, 25 August 2015

1.4 Kesan Mikroorganisma yang Berbahaya

Kesan-kesan Buruk Mikroorganisma kepada Manusia
■ Mikroorganisma parasit mendapatkan makanan dari perumahnya dan menghasilkan toksin yang boleh memusnahkan sel-sel, tisu atau organ perumah. Mikroorganisma menyebabkan penyakit pada manusia.
■ Sebilangan mikroorganisma juga boleh menyebabkan keracunan makanan. Bakteria yang tumbuh atas makanan menghasilkan toksin dan menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan muntah.

Penyakit yang Disebabkan oleh Mikroorganisma
■ Mikroorganisma yang merbahaya menyebabkan penyakit dipanggil patogen. Kebanyakkan patogen merupakan parasit yang hidup atas perumah. Toksin yang dihasilkan boleh menyebabkan simptom pada organisma yang dijangkiti. Patogen boleh mengandungi bakteria, virus, kulat dan protozoa.
■ Bakteria

Bakteria boleh menyebabkan penyakit seperti tibi, kolera, dan penyakit kelamin.

Penyakit Bahagian yang dijangkiti Simptom Cara jangkitan
Tibi Sistem pernafasan Keletihan, batuk, kahak berdarah, peluh malam, demam, kekurangnan berat badan Udara atau wap air
Kolera Saluran penghadaman Cirit-birit, dehidrasi, muntah tanpa loya, kekejangan otot Makanan dan air tercermar, lalat (vektor)
Sifilis Sistem pembiakan Ruam pada organ-organ seksual.
Keletihan, kurang selera makan, demam, kekejangan otot, sakit kepala.
Lumpuh dan kegagalan jantung.
Hubungan seks
■ Virus

Virus boleh menyebabkan penyakit seperti selesema, demam denggi, hepatitis A dan B, cacar, polio dan sindrom kurang daya tahan (AIDS).

Penyakit Bahagian yang dijangkiti Simptom Cara jangkitan
Selesema Sistem pernafasan Demam, bersin, batuk, sakit kepala, sakit tekak, hidung berair Udara atau wap air
Demam denggi Darah Demam, ruam merah pada kulit, sakit pada biji mata, hilang selera makan, muntah, sakit perut, pendarahan pada hidung Nyamuk aedes
Hepatitis A Hati Demam, keletihan, sakit belakang, kurang selera makan, loya, muntah, cirit-birit, penyakit kuning Air atau makanan tercemar dan lalat
Hepatitis B Hati Demam, keletihan, mata putih menjadi kuning, kurang selera makan, penyakit kuning, air kencing berwarna gelap dan sirosis hati Daripada cecair badan atau darah pembawa melalui pemindahan darah, perkongsian jarum tercemar, dan hubungan seks
AIDS Darah Sistem imum menjadi lumpuh, cirit-birit, demam, hilang berat badan dan mudah dijangkiti penyakit lain Daripada cecair badan atau darah pembawa melalui pemindahan darah, perkongsian jarum tercemar, dan hubungan seks
Cacar Sistem pernafasan dan mata Demam, batuk, sakit tekak, hidung berair, ruam pada mata dan seluruh badan Udara atau wap air
Polio Sistem saraf pusat Demam panas, sakit kepala, tekak dan otot, lumpuh anggota badan Air atau makanan tercemar
■ Kulat

Kulat menyebabkan penyakit seperti kurap dan tinea.

Penyakit Bahagian yang dijangkiti Simptom Cara jangkitan
Kurap Kulit Ruam merah pada kulit Melalui hubungan secara langsung atau tidak langsung seperti berkongsi tuala, pakaian dan sikat (dijangkiti melalui spora kulat)
Tinea Kulit Bintik putih pada kulit Melalui hubungan secara langsung atau tidak langsung seperti berkongsi tuala, pakaian dan sikat (dijangkiti melalui spora kulat)
■ Protozoa

Protozoa menyebabkan penyakit seperti malaria dan disentri

Penyakit Bahagian yang dijangkiti Simptom Cara jangkitan
Malaria Darah Demam panas dengan diselangi kesejukan, sakit kepala dan otot, menggigil, kenaikan kadar degupan jantung dan pernafasan, banyak berpeluh Nyamuk betina Anopheles yang terjangkit
Disentri Usus Demam, keletihan, muntah, loya, sakit kepala, cirit-birit, najis dengan darah dan nanah Air atau makanan tercemar

Cara Penyakit Merebak
■ Penyakit boleh merebak melalui beberapa cara iaitu udara (wap air), air, makanan, sentuham dan vektor.
■ Vektor merupakan organisma yang membawa atau memindahkan patogen kepada manusia.

Cara jangkitan Penerangan ringkas Contoh penyakit
Vektor Patogen pada lalat akan mencemarkan makanan apabila disentuh Kolera, disentri
Nyamuk memindahkan patogen kepada manusia melalui gigitan. Malaria, denggi
Air Punca air yang tercemar dengan kumbahan dan sampah boleh menyebabkan penyakit Kolera, hepatitis A, disentri, polio
Udara (wap air) Apabila seorang pesakit bersin, batuk atau bercakap, patogen di dalam wap air akan tersebar ke udara. Selesema, beguk, tibi
Patogen juga tersebar ke udara apabila ruam pesakit cacar menjadi kering. Cacar
Makanan Makanan yang tercemar melalui sentuhan, air yang kotor atau lalat Kolera, disentri, hepatitis A
Sentuhan Penyakit boleh berjangkit melalui sentuhan seperti hubungan seks, pemindahan darah dan perkongsian jarum AIDS, hepatitis B
Berjangkit melalui penggunaan tuala, baju atau sikat Tinea, kurap


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment