■ Unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor proton yang menaik secara mengufuk dalam Jadual Berkala
■ Setiap kumpulan mengandungi unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama.
■ Animasi di bawah menunjukkan Jadual Berkala yang moden. (English)
■ Merupakan turus menegak dalam Jadual Berkala.
■ Setiap unsur-unsur dalam suatu kumpulan menunjukkan sifat kimia yang sama.
■ Sifat fizikal unsur menunjukkan perubahan secara beransur-ansur apabila menuruni kumpulan.
■ Beberapa kumpulan mempunyai nama khas.
| Kumpulan | Nama khas |
|---|---|
| Kumpulan 1 | Alkali (Bahan yang sangat reaktif) |
| Kumpulan 2 | Logam alkali bumi |
| Kumpulan 17 | Halogen |
| Kumpulan 18 | Gas adi (Stabil secara kimia dan tidak reaktif) |
| Kumpulan 3 hingga 12 | Unsur (logam) peralihan |
Kala
■ Baris mendatar dalam Jadual Berkala.
■ Bilangan proton meningkat sebanyak satu di suatu kala, dari kiri ke kanan.
■ Unsur-unsur dengan perubahan sifat kimia dan sufat fizikal secara beransur-ansur daripada logam kepada bukan logam.
■ Dalam Kala 6, bilangan unsur-unsur dari 58 hingga 71 disenaraikan secara berasingan sebagai siri lantanida.
■ Dalam Kala 7, bilangan unsur-unsur dari 90 hingga 103 disenaraikan secara berasingan sebagai siri aktinida. (English)
■ Unsur-unsur di dalam Jadual Berkala terbahagi kepada tiga bahagian:
| ► | Logam | |
| ► | Separuh logam | |
| ► | Bukan logam |

| ► | 80% unsur-unsur di dalam Jadual Berkala adalah logam, terletak di sebelah kiri Jadual Berkala. | |
| ► | Semi-unsur logam yang terletak di antara logam dan bukan logam unsur. Semi-logam adalah unsur-unsur dengan kedua-dua logam dan bukan logam ciri-ciri. |
Kepentingan Jadual Berkala
■ Animasi di bawah menunjukkan pengelasan dalam jadual berkala. (English)
| ► | Satu alat yang berguna untuk ahli-ahli sains dan pelajar kerana ia menyediakan pendekatan yang teratur dan sistematik untuk mengkaji sifat-sifat unsur. | |
| ► | Digunakan untuk meramal sifat dan kegunaan unsur-unsur tertentu. | |
| ► | Unsur-unsur disusun mengikut kumpulan, lebih mudah untuk mengetahui sifat unsur-unsur dalam kumpulan tersebut. | |
| ► | Digunakan untuk meramalkan sifat kimia dan fizikal unsur. |
✍ Contoh latihan 4.4(a)
Jawab soalan berikut berdasarkan pada rajah dibawah.

| Soalan | |
|---|---|
| Yang manakah merupakan unsur logam? | |
| Yang manakah merupakan unsur separuh logam? | |
| Yang manakah merupakan unsur Kumpulan 1? | |
| Yang manakah merupakan unsur Kumpulan 6? | |
| Nyatakan dua unsur yang mempunyai sifat kimia yang sama | |
| Unsur yang manakah paling tidak reaktif? |
| ⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. | ||
![]() |
||


No comments:
Post a Comment