Pages

Wednesday, 24 June 2015

3.3 Penentuan Jantina Anak dan Kejadia Anak Kembar pada Manusia

Kromosom Seks
■ Kromosom manusia

Sel soma manusia mempunyai 23 pasang kromosom iaitu 22 pasang autosom dan sepasang kromosom seks.

Kromosom seks (X atau Y) menentukan jantina seseorang.

Jantina lelaki mempunyai 22 pasang autosom dan satu pasang kromosom seks, XY. Kromosom Y adalah lebih kecil berbanding kromosom X.

Jantina perempuan mempunyai 22 pasang autosom dan satu pasang kromosom seks, XX.
Penentuan Jantina Anak
■ Penentuan jantina

Jantina anak ditentukan oleh bapanya, kerana bergantung kepada sperma yang mensenyawakan ovum.

Jika sperma pembawa kromosom X mensenyawakan ovum, bayi perempuan terhasil.

Jika sperma pembawa kromosom Y mensenyawakan ovum, bayi lelaki terhasil.

Animasi di bawah menunjukkan penentuan seks pada manusia.
Kebarangkalian untuk melahirkan seorang anak lelaki atau anak perempuan adalah sama banyak iaitu 50%.
Ini adalah kerana 50% daripada sperma pembawa kromosom membawa kromosom X dan 50% lagi membawa kromosom Y.
■ Video ini menunjukkan penentuan seks pada manusia
Kejadian Anak Kembar
■ Kejadian anak kembar

Jika seorang wanita menghasilkan lebih dari satu ovum pada satu masa

Jika dua ovum disenyawakan oleh dua sperma secara berasingan untuk membentuk dua zigot.

Jika sati ovum disenyawakan oleh satu sperma yang membahagi dua untuk membentuk dua zigot.
■ Jenis anak kembar

Kembar seiras.

Kembar tidak seiras.
■ Kejadian kembar seiras dan kembar tak seiras
■ Kembar siam

Kembar seiras yang bergabung di beberapa bahagian tubuh mereka.

Mereka terbentuk apabila satu zigot atau embrio gagal untuk membahagi sepenuhnya.

Kedua-dua embrio terus berkembang menjadi dua janin.

Mereka adalah daripada jantina yang sama dan genetik yang serupa.
■ Perbandingan antara kembar seiras dengan kembar tak seiras

Ciri-ciri Kembar seiras Kembar tak seiras
Bilangan ovum yang disenyawakan Satu Dua
Bilangan sperma yang disenyawakan Satu Dua
Ovum yang tersenyawa membahagi dua Ya Tidak
Kandungan gen Sama Berbeza
Berkongsi plasenta dalam uterus ibu Ya Tidak
Jantina Sama Sama atau berbeza

Contoh latihan 3.3(a)
Lenkapkan jadual dibawah dengan jawapan yang tepat.

Lelaki Perempuan
Bilangan kromosom 46 atau 23 pasang 46 atau 23 pasang
Hasil gamet Sperma Ovum
Kromosom sel soma 44 + XY 44 + XX
Kromosom gamet 22 + X dan 22 + Y 22 + X dan 22 + X
⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

1 comment: