Pages

Tuesday, 17 March 2015

Makmal Aktiviti 7.1.3: Sifat-sifat asid


Makmal Aktiviti 7.1.3: Sifat-sifat asid
Tujuan: Mengkaji sifat-sifat bagi asid
Bahan:
» Pita magnesium
» Sebuk kuprum (II) oksida
» Asid hidroklorik
» Air kapur
» Kuprum(II) karbonat

Radas:
» Tabung uji
» Pemegang
» Salur penghantaran
» Kayu  uji
» Sudu
» Penunu Bunsen
 Prosedur:

Animasi berikut menunjukkan susunan radas dan keputusan eksperimen.

(A) Tindak balas dengan magnesium
1. 10cm3  asid hidroklorik cair dituang ke dalam sebuah tabung uji.
2. Sekeping pita magnesium dimasukkan ke dalam tabung uji tersebut.
3. Tabung uji dipanaskan secara perlahan-lahan.
4. Gas yang terbebas diuji dengan kayu uji menyala.

(B) Tindak balas dengan kuprum (II) karbonat
1. Beberapa keping kuprum(II) karbonat dimasukkan  ke dalam sebuah tabung uji.
2. 10cm3 asid hidroklorik cair dituang ke dalam tabung uji.
3. Tabung uji dipanaskan secara perlahan-lahan.
4. Gas yang terbebas diuji dengan air kapur.

(C) Tindak balas dengan kuprum(II) oksida
1. 10cm3  asid hidroklorik cair dituang ke dalam sebuah tabung uji.
2. Satu sudu kuprum (II) karbonat ditambah ke dalam tabung uji.
3. Tabung uji dipanaskan secara perlahan-lahan.
4. Semua pemerhatian direkodkan.
Keputusan:

Ujian Observation
(A) Tindak balas dengan magnesium Pembuakan berlaku. Gas yang terbebas memberi bunyi 'pop' dengan kayu uji menyala.
(B) Tindak balas dengan kuprum (II) karbonat Pembuakan berlaku. Gas yang terbebas mengeruhkan air kapur.
(C) Tindak balas dengan kuprum(II) oksida Serbuk hitam kuprum(II) oksida larut untuk membentuk larutan biru.
Perbincangan:

Satu logam aktif [magnesium] bertindak balas dengan asid cair [asid hidroklorik] untuk menghasilkan gas hidrogen dan garam.
HCl(ak) + Mg(p) → MgCl2(ak) + H2(g)

Suatu asid cair bertindak balas dengan kuprum(II) karbonat untuk menghasilkan karbon dioksida, air dan garam.
HCl(ak) + CuCO3(p) → CuCl2(ak) + H2O(l) + CO2(g)

Suatu asid cair bertindak balas dengan bes atau alkali untuk membentuk garam dan air sahaja. 
2HCl(ak) + CuO(p) → CuCl2(ak) + H2O(ce)
 Kesimpulan:

Asid bertindak balas dengan logam aktif seperti magnesium untuk menghasilkan garam dan hidrogen gas.

Asid bertindak balas dengan karbonat untuk menghasilkan garam, air dan karbon dioksida.

Semua asid bertindak balas dengan bes atau alkali untuk membentuk garam dan air sahaja.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

3 comments: