Pages

Wednesday, 18 March 2015

7.4 Peneutralan

Peneutralan
■ Peneutralan

Tindak balas antara asid dan bes yang menghasilkan garam dan air SAHAJA.

Contoh:
Asid + Base → Garam + Air
HCl(ak) + NaOH(ak) → NaCl(ak) + H2O(ce)
2HNO3(ak) + Mg(OH)2(ak) → Mg(NO3)2(ak) + 2 H2O(ce)
■ Dalam proses peneutralan,

Ion H+ dan OH- bergabung antara satu sama lain untuk membentuk molekul air yang neutral.

pH bagi air adalah 7, suatu larutan yang neutral terbentuk.

Secara umum, proses peneutralan boleh diringkaskan oleh persamaan ion berikut:
H+(ak) + OH- (ak)→ H2O(ce)

■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai penggunaan bagi proses peneutralan.



Penggunaan proses peneutralan dalam kehidupan harian
Pengawalan keasidan air
Meneutralkan tanah yang bersifat bes atau berasid
Memberus gigi
Rawatan gastrik dengan anti-asid.
Merawat sengatan lebah
Mengelakkan penggumpalan susu getah
Merawat efluen yang berasid
Merawat buang gas yang berasid
Pentitratan asid-bes
■ Pentitratan

kaedah analisis kuantitatif.

penentuan tepat kepekatan asid atau bes dengan meneutralkan asid / bes dengan suatu asid atau bes yang kepekatannya diketahui.

dengan bantuan petunjuk yang sesuai.
■ Takat neutral [Takat akhir]

peneutralan berlaku dengan sepenuhnya

semua ion OH- bergabung dengan semua ion  dalam larutan untuk membentuk air.
■ Petunjuk asid-bes

Penukaran warna pada akhir di mana semua ion hidrogen, H+bertindak balas sepenuhnya dengan ion hidroksida, OH-.

Jenis-jenis petunjuk dan peralihan warna di bawah keadaan asid-bes yang berbeza
Jenis penunjuk Larutan berasid Larutan neutral Larutan alkali
Penunjuk Universal Merah / jingga / kuning    Hijau Ungu
Larutan litmus    Merah Ungu Biru
Fenolftalein Tanpa warna Tanpa warna Merah jambu
Metil jingga Merah Jingga Kuning
Metil merah Merah Jingga Kuning
■ Pengukuran pH

nilai pH bagi larutan berubah secara mendadak pada takat neutral.
■ Kekonduksian elektrik

Kekonduksian elektrik mencapai titik terendah pada takat neutral.

Semua ion yang bercerai daripada asid dan alkali telah bertindak balas sepenuhnya.

Molekul air yang terbentuk tidak bercerai menjadi ion jadi ia tidak mengalirkan elektrik.

Contoh: Peneutralan asid sulfurik dan barium hidroksida.

Pada takat akhir apabila ion H+ meneutralkan ion OH- , molekul air terbentuk. Pada ketika ini, kekonduksian elektrik adalah sifar seperti yang ditunjukkan dalam graf.
■ Keputusan yang diperolehi dari pentitratan asid dengan larutan alkali boleh digunakan untuk

menentukan kemolaran larutan jika kemolaran larutan lain adalah diketahui.

untuk menentukan kebesan bagi suatu asid.

untuk membina persamaan kimia bagi tindak balas peneutralan.
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai pentitratan.

Aktiviti Makmal 7.4.1 : Pentitratan asid-bes
Penyelesaian masalah yang berkaitan dengan tindak balas peneutralan
■ Tindak balas peneutralan antara larutan berasid A dan larutan beralkali B boleh diwakili oleh persamaan umum seperti berikut:

aA + bB → hasil

Dari persamaan, satu mol asid A meneutralkan b mol alkali.
■ Pada takat neutral bagi tindak balas peneutralan,

VA MA larutan berasid meneutralkan VB MB larutan alkali.

Bilangan mol asid =MA VA1000

Bilangan mol alkali =MB VB1000

Oleh itu, nisbah bilangan mol, a kepada bilangan mol, b ialah

MAVA MBVB= ab

 

Contoh 7.4(a)
100cm3 ,  asid hidroklorik bertindak balas sepenuhnya dengan  larutan hidroksida natrium, NaOH. Hitungkan kemolaran bagi larutan natrium hidroksida. 
Penyelesaian:
Langkah 1: Tuliskan persamaan kimia yang seimbang. HCl(al) + NaOH(ak) → NaCl(ak) + H2O(ce)
Dari persamaan kimia, 1 mol asid hidroklorik bertindak dengan 1 mol of natrium hidroksida. Jadi, a = 1 dan b = 1
Langkah 2: Tuliskan maklumat yang diberi.

MA = 1 mol dm-3, VA = 100cm3, MB = ? mol dm-3, VB = 50cm3
Step 3: Gantikan nilai ke dalam formula
MAVA MBVB= ab
1×100 MB×50= 11
MB = 2 mol dm-3

Contoh 7.4(b)
Jika 50cm3 , 0.05mol dm-3, asid nitrik dineutralkan sepenuhnya oleh 0.2mol dm-3, kalsium hidroksida. Apakah isipadu larutan kalsium hidroksida yang digunakan ?
Penyelesaian:
Langkah 1: Tuliskan persamaan kimia yang seimbang.
2HNO3(ak) + Ca(OH2)(ak) → Ca(NO3)2(ak) + 2H2O(ce)
Dari persamaan kimia, 2 mol asid nitrik bertindak dengan 1 mol kalsium hidroksida. Jadi, a = 2 dan b = 1
Langkah 2: Tuliskan maklumat yang diberi.
MA = 0.05 mol dm-3, VA = 503, MB = 0.2 mol dm-3, VB = ? cm3
Step 3: Gantikan nilai ke dalam formula
MAVA MBVB= ab
0.05×50 0.2×VB= 21
VB = 0.05 ×500.2×2
VB = 6.25cm3


Contoh: Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tindak balas peneutralan
■ Pengetahuan berikut diperlukan dalam pengiraan yang melibatkan peneutralan:

Persamaan kimia atau persamaan ion bagi peneutralan.

Penukaran unit mol kepada gram atau sebaliknya.

Konsep yang berkaitan dengan kepekatan.

Contoh 7.4(c)
20cm3 larutan barium hidroksida meneutralkan sepenuhnya oleh 10cm3 12.6g dm-3 asid nitrik. Hitungkan kepekatan larutan barium hidroksida dalam  g dm-3.
[Jisim atom relatif: H, 1; N, 14; O, 16; Ba, 137]

Penyelesaian:
Langkah 1: Tuliskan persamaan kimia yang seimbang.
2HNO3(ak) + Ba(OH2)(ak) → Ba(NO3)2(ak) + 2H2O(ce)
Dari persamaan kimia, 2 mol asid nitrik bertindak dengan 1 mol of barium hidroksida. Jadi, a = 2 dan b = 1
Langkah 2: Tuliskan maklumat yang diberi.
Kepekatan asid = 12.6g dm-3
MA= 12.61+14+ (16x3)mol dm3
MA= 12.663
MA = 0.2 mol dm-3

VA = 103
MB = ? mol dm-3
VB = 20cm3
Langkah 3: Gantikan nilai ke dalam formula
MAVA MBVB= ab
0.2×10 MB×20= 21
MB = 0.2 ×5102×20
MB = 0.05mol dm-3
Langkah 4: Unit conversion
Concentration of barium hydroxide
= 0.05 ×[137 + (1 + 16)×2]
= 8.55g dm-3

Contoh 7.4(d)
Apakah isipadu 0.5mol dm-3 asid sulfurik yang diperlukan untuk bertindak balas lengkap dengan 10cm3 40g dm-3 larutan hidroksida natrium?
Penyelesaian:
Langkah 1: Tuliskan persamaan kimia yang seimbang.
H2SO4(aq) + 2NaOH(aq) → Na2(SO4)(aq) + 2H2O(l)
Dari persamaan kimia, 1 mol asid sulfurik bertindak dengan 2 mol of natrim hidroksida. Jadi, a = 1 dan b = 2
Langkah 2: Tuliskan maklumat yang diberi.
MA = 0.5 mol dm-3
VA = ? cm3
Relative formula mass of NaOH
= 23 + 16 + 1 = 40
MB= 4040
= 1 mol dm-3

VB = 10cm3
Langkah 3: Gantikan nilai ke dalam formula
MAVA MBVB= ab
0.5×VA1×10=12
VB = 10 0.5×2
VB = 10cm3



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

2 comments: