Pages

Thursday, 19 February 2015

Aktiviti Makmal 4.3.3: Mengkaji tindak balas antara logam alkali dengan halogen


Aktiviti Makmal 4.3.3: Mengkaji tindak balas antara logam alkali dengan halogen
Tujuan: Mengkaji tindak balas antara logam alkali dengan halogen
Pernyataan masalah: Bagaimana litium, natrium dan kalium berbeza dalam kereaktifan terhadap gas klorin?
Hipotesis: Kereaktifan meningkatkan bagi tindak balas antara logam alkali dan gas klorin apabila menuruni Kumpulan 1
Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan: Kepekatan gas klorin
» Pembolehubah dimanipulasikan: Jenis logam alkali
» Pembolehubah bergerakbalas: Kereaktifan logam dengan gas klorin

Bahan:
»Litium
»Natrium
»Kalium
»Kertas turas

Radas:
»Balang gas dengan penutup
»Balang gas dengan sudu
»Pisau Kecil
»Tabung uji
»Forsep
»Penunu Bunsen
Procedur:

1. Animasi berikut menunjukkan prosedur dan pemerhatian eksperimen.
2. Sepotong kecil litium dipotong dengan pisau dan dikeringkan dengan kertas turas.
3. Litium itu diletakkan dalam sudu balang gas dengan menggunakan forsep.
4. Litium dipanaskan sehingga ia mula membakar dan kemudian diletakkan ke dalam balang gas yang penuh dengan gas klorin. Semua pemerhatian direkodkan.
5. Eksperimen diulangi dengan menggunakan natrium dan kalium.
Keputusan:

Logam Logam
Litium Terbakar perlahan-lahan dengan nyalaan merah. Membentuk pepejal putih.
Natrium Terbakar cepat dengan nyalaan kuning yang cerah. Membentuk pepejal putih.
Kalium Terbakar sangat cergas dengan nyalaan ungu yang cerah. Membentuk pepejal putih.
Perbincangan:

Litium, natrium dan kalium bertindak balas dengan klorin untuk menghasilkan klorida logam yang berwarna putih.
2Li(p) + Cl2(g) 2LiCl(p)
2Na(p) + Cl2(g) 2NaCl(p)
2K(p) + Cl2(g) 2KCl(p)
Kesimpulan:

Semua logam Kumpulan 1 bertindak balas dengan klorin untuk membentuk klorida logam.

Kereaktifan meningkatkan apabila menuruni ke bawah Kumpulan 1.

Hipotesis diterima.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment