Pages

Tuesday, 10 February 2015

3.6 Persamaan Kimia

Persamaan kimia
■ Persamaan kimia menunjukkan:

Bahan tindak balas yang digunakan dalam tindak balas ditulis di sebelah kiri persamaan.

Hasil tindak balas diperolehi daripada tindak balas ditulis di sebelah kanan persamaan.

Bilangan mol bagi bahan tindak balas dan hasil tindak balas.

Keadaan fizikal bahan:
Pepejal (p)
Cecair (ce)
Gas (g)
Akueus (ak)

Secara umum:
Bahan tindak balas → Hasil tindak balas

Contoh persamaan kimia:
Persamaan kimia dalam perkataan Persamaan kimia
Natrium hidroksida + asid sulfurik → natrium sulfat + air 2NaOH(ak) + H2SO4(ak) → Na2SO4(ak) + 2H2O(ce)
kuprum(II) karbonat pemanasan kuprum(II) oksida + karbon dioksida CuCO3(p) ΔCuO (p) + CO2(g)

■ Langkah-langkah berikut terlibat apabila menulis persamaan kimia:

Tuliskan formula kimia bagi bahan tindak balas di sebelah kiri dan hasil di sebelah kanan tanda anak panah.

Imbangkan persamaan dengan memastikan bahawa bilangan atom setiap unsur adalah sama di kedua-dua belah persamaan.
Bilangan atom setiap unsur sebelum dan selepas tindak balas adalah sama.
Laraskan pekali di hadapan formula kimia dan bukannya subskrip dalam formula.

Tulis keadaan fizikal setiap bahan.
■ Video berikut memberi penjelasan bagi cara  mengimbangkan persamaan kimia.


Pentafsiran persamaan kimia secara kualitatif dan kuantitatif
■ Persamaan stoikiometri:

Hubungan antara nisbah bilangan mol bahan tindak balas kepada bilangan mol hasil tindak balas.
■ Mentafsirkan persamaan kimia

Bahan tindak balas yang mengambil bahagian dalam tindak balas.

Hasil yang terbentuk dalam tindak balas.

Bilangan mol setiap bahan yang mengambil bahagian dalam tindak balas dan bilangan mol hasil terbentuk.

Keadaan fizikal semua bahan dan hasil tindak balas.

Contoh:
Persamaan kimia Bahan tindak balas Hasil tindak balas
2Na(p) + 2H2O(ce) → 2NaOH(ak) + H2(g) 2 mol natrium natrium bertindak balas dengan 2 mol air 2 mol natrium hidroksida dan 1 mol gas hidrogen
N2(g) + 3H2(g) → 2NH3(g) 1 mol gas nitrogen bertindak balas dengan 3 mol gas hidrogen 2 mol gas ammonia

■ Video berikut memberi penjelasan mengenai cara penyelesaian persamaan stoikiometri:


Masalah-masalah yang melibatkan persamaan kimia
Contoh latihan 3.6(a)
Dalam tindak balas antara natrium dan klorin seperti yang diberikan di persamaan berikut, 2.3 g natrium dibakar pada suhu bilik.
2Na(p) + Cl2(g) → 2NaCl(p)
(Isipadu molar pada suhu bilik = 24dm3, Na = 23, Cl = 35.5)
Hitungkan:
(a) Kuantiti jisim natrium klorida yang terhasil.

Bilangan mol natrium = (jisim natrium / jisim atom relatif)
Bilangan mol natrium = (2.3 / 23)
Bilangan mol natrium = 0.1 mol
Menurut persamaan kimia, 2 mol natrium bertindak menghasilkan 2 mol natrium klorida.
Maka, 0.1 mol natrium bertindak menghasilkan 0.1 mol natrium klorida.
Jisim natrium klorida yang terhasil:
= bilangan mol natrium klorida × jisim atom relatif
= 0.1 × (23 + 35.3)
= 0.1 × 58.5
= 5.85g
(b) Isipadu gas klorin yang digunakan bagi keadaan bilik dalam eksperimen ini.

Menurut persamaan kimia, 2 mol natrium bertindak menghasilkan 1 mol gas klorin.
Maka, 0.1 mol natrium bertindak menghasilkan 0.05 mol gas klorin.
Isipadu gas klorin
= bilangan mol klorin × isipadu molar
= 0.05 × 24
= 1.2dm3

Contoh latihan 3.6(b)
40g besi (III) oksida diturunkan dengan serbuk karbon untuk membentuk besi dan karbon dioksida.
(Jisim atom relatif: O = 56, Fe = 56)
(a) Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas yang terlibat

2Fe2O3(p) + 3C(p) → 4Fe(p) + 3CO2(g)
(b) Hitungkan jisim maksimum besi terbentuk.

Bilangan mol besi (III) oksida = (jisim besi (III) oksida / jisim atom relatif)
Bilangan mol besi (III) oksida = 40 / [(56 × 2) + (16 × 3)]
Bilangan mol besi (III) oksida = 40 / 160
= 0.25mol
Menurut persamaan kimia, 2 mol besi(III) oksida bertindak menghasilkan 4 mol besi.
Maka, 0.25 mol besi(III) oksida bertindak menghasilkan 0.5 mol besi.
Jisim besi yang terhasil
= bilangan mol besi × jisim atom relatif
= 0.5 × 56
= 28g


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment