■ Suhu
| ► | Kebanyakkan mikroorganisma adalah tidak aktif pada suhu rendah. | |
| ► | Suhu optimum bagi kebanyakkan tindak balas yang menggunakan enzim dalam badan mikroorganisma adalah dalam julat 35℃ hingga 40℃. | |
| ► | Banyak mikroorganisma akan mati pada suhu yang melebihi 60℃. | |
| ► | Akan tetapi, sebilangan bakteria boleh tahan suhu yang sangat tinggi. | |
| ► | Sebilangan spora bakteria yang hidup dalam keadaan terlampau boleh tahan kepadanasan dan kesejukan. Kebanyakan spora akan terbunuh pada suhu yang melebihi 110℃. |
| ► | Mikroorganisma hidup dalam julat pH yang berlainan. | |
| ► | Sebilangan mikroorganisma hidup dalam keadaan yang sedikit berasid manakala sebilangan mikroorganisma lain hidup dalam keadaan yang sedikit beralkali. | |
| ► | Akan tetapi, banyak mikroorganisma hidup dalam medium neutral, iaitu pH7. | |
| ► | Kebanyakan mikroorganisma akan mati pada nilai pH terlampau seperti nilai pH yang sangat tinggi atau terlalu rendah. |
| ► | Mikroorganisma fotosintetik seperti alga dan sebilangan bakteria memerlukan cahaya untuk menjalankan fotosintesis dan mensintesiskan makanan. | |
| ► | Akan tetapi, banyak mikroorganisma lain seperti kulat dan bakteria sesuai hidup dalam keadaan gelap. | |
| ► | Sinar ultraungu dalam cahaya matahari boleh membunuh sebilangan mikroorganisma. |
| ► | Semua mikroorganisma kecuali virus memerlukan nutrien untuk pertumbuhan dan menjalankan proses hidup. | |
| ► | Dalam keadaan yang tidak sesuai untuk hidup dan tidak mendapat nutrien, banyak mikroorganisma akan mati atau bakteria akan membentuk endospora. |
| ► | Semua mikroorganisma memerlukan air atau kelembapan untuk hidup dan menjalankan proses hidup. | |
| ► | Kelembapan tinggi sesuai untuk pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma. | |
| ► | Air adalah penting kerana air digunakan sebagai medium untuk tindak balas yang berlaku dalam badan mikroorganisma. |
![]() |
Aktiviti Makmal 1.2.1: Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma |
1.3 Mikroorganisma yang Berfaedah→ |
| ⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. | ||
![]() |
||



takde ke faktor yang membantutkan pertumbuhan mikroorganisma berkaitan udara atau angin [lebih kurang]
ReplyDeleteTakde ke pada suhu yang terlalu sejuk kebanyakan bakteria akan mati atau.... Jawapan dia apa?
ReplyDelete