Pages

Friday, 24 July 2015

Aktiviti Makmal 7.3.1: Penyebaran Cahaya Putih oleh Prisma Kaca

Aktiviti Makmal 7.3.1
Penyebaran Cahaya Putih oleh Prisma Kaca

Tujuan: Mengkaji penyebaran cahaya putih oleh prisma kaca
Bahan:
» Prisma kaca
» Kotak sinar

Radas:
» Kadbod putih

Prosedur:

1. Susunan rada disediakan seperti dalam rajah diatas.
2. Prisma kaca dilaraskan sehingga satu spektrum yang paling jelas terbentuk pada kadbod penuh.
3. Warna-warna spektrum diperhatikan.
Pemerhatian:

Satu spektrum yang terdiri daripada warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu dapat diperhatikan pada kadbod putih.

Analisis:

Cahaya-cahaya berwarna dalam cahaya putih bergerak pada kelajuan yang berlainan apabila menerusi prisma kaca. Oleh sebab itu, cahaya-cahaya berwarna itu dibiaskan pada sudut-sudut yang berlainan.

Cahaya merah bergerak paling laju manakala cahaya ungu bergerak paling perlahan. Oleh sebab itu, cahaya merah paling kurang dibiaskan dan cahaya ungu paling banyak dibiaskan.

Cahaya putih dibiaskan dan disebarkan apabila bergerak melalui prisma kaca.

Kesimpulan:

Cahaya putih disebarkan oleh prisma kaca kepada tujuh juzuk warnanya, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment