Pages

Wednesday, 29 July 2015

Aktiviti Makmal 7.5.1: Penambahan Warna Primer

Aktiviti Makmal 7.5.1:
Penambahan Warna Primer
Tujuan: Mengkaji penambahan warna-warna primer untuk menghasilkan warna-warna sekunder
Radas:
» Lampu suluh dengan penapis merah
» Lampu suluh dengan penapis biru
» Lampu suluh dengan penapis hijau
» Skrin putih

Prosedur:

1. Lampu-lampu suluh dihidupkan dengan mengikut warna yang dicadangkan dalam jadual.
2. Lampu-lampu suluh dilaraskan supaya sinar cahaya bertindih pada skrin putih.
3. Pemerhatian tentang warna cahaya yang terbentuk dicatat.
Pemerhatian:

Penambahan warna cahaya primer Warna sekunder pada skrin
Merah + biru Magenta
Merah + hijau Kuning
Hijau + biru Sian
Merah + hijau + biru Putih

Analisis:

Merah, biru dan hijau adalah warna primer.

Apabila dua warna primer bertindih, satu warna sakunder terhasil.

Apabila ketiga-tiga warna primer bertindih, cahaya putih terhasil.

Kesimpulan:

Warna-warna sekunder dapat dihasilkan melalui penambahan warna-warna primer.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment