Pages

Tuesday, 24 February 2015

Makmal Aktiviti 5.4.1: Mengkaji sifat-sifat fizik bagi sebatian ionik dan kovalen


Makmal Aktiviti 5.4.1: Mengkaji sifat-sifat fizik bagi sebatian ionik dan kovalen
 Tujuan: Untuk membandingkan sifat-sifat fizik bagi sebatian ionik dan kovalen

Bahan:
»Natrium klorida
»Naftalena
»Lead (II) bromida
»Air suling
»Benzena

Radas:
»Sudu
»Bateri
»Mentol elektrik
»Sambungan wayar
»Mangkuk pijar
»Penunu Bunsen
»Tungku kaki tiga
»Rod karbon
»Rod kaca
»Kasa dawai
 Prosedur:

Animasi berikut menunjukkan prosedur dan pemerhatian eksperimen.

(A) Takat Lebur
1. Sedikit natrium klorida dipanaskan secara perlahan-lahan kemudian kuat dalam mangkuk pijar.
2. Perubahan dalam keadaan fizikal direkodkan.
3. Langkah 1 - 2 diulangi dengan menggunakan naftalena.

(B) Keterlarutan
1. Satu spatula natrium klorida diletakkan dalam dua tabung uji.
2. Air ditambah kepada satu tabung uji dan beberapa titis benzena kepada tabung uji yang lain.
3. Kedua-duanya kemudian dikacau dengan rod kaca.
4. Semua pemerhatian direkodkan.
5. Langkah 1 - 3 diulang menggunakan naftalena untuk menggantikan natrium klorida.

(C) Kemeruapan
1. 2 - 3 titis larutan natrium klorida dan benzena diletakkan ke dalam dua piring kaca yang berbeza.
2. Kedua-duanya diperhatikan selepas 10 minit.

(D) Kekonduksian elektrik
1. Beberapa spatulas serbuk plumbum (II) bromida dimasukkan ke dalam mangkuk pijar.
2. Suis dihidupkan dan mentol ditanda jika ia menyala.
3. Serbuk plumbum (II) bromida dipanaskan sehingga lebur. Suis dihidupkan semula untuk memeriksa jika mentol menyala.
4. Langkah 1 - 3 diulangi dengan menggunakan naftalena untuk menggantikan plumbum (II) bromida.
5. Beberapa spatula natrium klorida dimasukkan ke dalam mangkuk pijar.
6. Suis dihidupkan dan mentol ditanda jika ia menyala.
7. Air ditambah kepada natrium klorida. Campuran dikacau dengan rod kaca sehingga semua natrium klorida pepejal larut dalam air. Suis dihidupkan semula untuk memeriksa sama ada mentol menyala.
 Keputusan:

(A) Takat lebur
NaCl Naphthalene
Tiada perubahan.
Takat lebur yang tinggi.
Lebur dengan mudah.
Takat lebur yang rendah.

(B) Solubility
NaCl Naphthalene
Larut dalam air.
Tak larut dalam benzena.
Larut dalam benzena.
Tak larut dalam air.

(C) Kemeruapan
NaCl Benzene
Tidak menyejat. Menyejat dengan cepat.

(D) Kekonduksian elektrik
State of compound PbBr2 Naphthalene NaCl
Pepejal Mentol tidak menyala. Mentol tidak menyala. Mentol tidak menyala.
Larutan akueus Mentol menyala. Mentol tidak menyala. Mentol menyala.
Discussion:

Natrium klorida tidak lebur apabila dipanaskan kerana takat lebur yang sangat tinggi. Tetapi naftalena lebur pada kira-kira  8OᵒC . Natrium klorida adalah sebatian ionik. Naftalena adalah sebatian kovalen.

Benzene adalah pelarut organik. Hanya naftalena sahaja yang larut di dalamnya.

Benzena menyejat dengan cepat. Ia adalah larutan yang meruap.

Plumbum (II) bromida mempunyai takat lebur yang lebih rendah  (373ᵒC) daripada natrium klorida(801ᵒC). Plumbum (II) bromida mengkonduksikan elektrik hanya di dalam keadaan leburan. Ia tidak mengalirkan elektrik dalam keadaan pepejal.
 Kesimpulan:

Sebatian ionik adalah larut dalam air tetapi tidak larut dalam pelarut organik. Sebatian ionik mempunyai takat lebur yang tinggi, kemeruapan yang rendah dan boleh mengalirkan elektrik di keadaan leburan atau akueus.

Sebatian kovalen adalah tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik. Sebatian kovalen mempunyai takat lebur yang rendah, kemeruapan yang tinggi dan tidak boleh mengalirkan elektrik di semua keadaan.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

6 comments:

  1. Sangat membantu..tetapi bolehkah dalam sedikit bahan tersebut kami gantikan dengan propanon?

    ReplyDelete
  2. Apakah pum,pub,dan pud yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemboleh ubah manipulasi ,pemboleh ubah bergerak balas pemboleh ubah dimalarkan

      Delete
  3. Apakah hipotesis eksperimen ini?

    ReplyDelete