Pages

▼

Tuesday, 24 February 2015

5.3 Pembentukan Ikatan Kovalen

Ikatan kovalen
■ Ikatan kovalen

► Ikatan kimia yang terbentuk melalui perkongsian elektron antara dua atom bukan logam.

► Semasa pembentukan molekul kovalen, setiap bukan logam atom menyumbang satu atau lebih elektron untuk dikongsi bersama dengan atom lain.

► Melalui perkongsian elektron, setiap bukan logam akan mencapai susunan elektron duplet atau oktet.
■ Jenis-jenis ikatan kovalen

► Jenis-jenis ikatan kovalen yang terbentuk bergantung kepada jumlah pasangan elektron yang dikongsi antara dua atom.

► Terdapat tiga jenis ikatan kovalen seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. 
Bilangan pasang elektron yang dikongsi antara dua atom Jenis ikatan kovalen Contoh molekul
1 Ikatan kovalen tunggal Molekul hidrogen,  H2 ( H - H )
2 Ikatan kovalen ganda dua Molekul oksigen, O2 (O = O)
3 Ikatan kovalen ganda tiga Molekul nitrogen, N2 (N ≡ N)
Satu ikatan kovalen boleh diwakili oleh satu garis lurus di antara atom.
Pembentukan ikatan kovalen tunggal
■ Ikatan kovalen tunggal

► Berkongsi sepasang elektron antara dua atom bukan logam.

► Setiap atom bukan logam menyumbangkan satu elektron untuk berkongsi supaya mencapai susunan elektron yang stabil.

► Contoh: hidrogen, H2; klorin, Cl2; hidrogen klorida, HCl2; air, H2O; metana, CH4; ammonia, NH3; tetrachlorometetana, CCl4
■ Pembentukan ikatan kovalen tunggal

► Animasi berikut menunjukkan pembentukan ikatan kovalen tunggal.
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai pembentukan ikatan kovalen tunggal.

Pembentukan ikatan kovalen ganda dua
■ Ikatan kovalen ganda dua

► Berkongsi dua pasangan elektron antara dua atom bukan logam.

► Setiap atom bukan logam menyumbangkan dua elektron untuk berkongsi supaya mencapai susunan elektron yang stabil.

► Contoh : oksigen, O2; karbon dioksida , CO2
■ Pembentukan ikatan kovalen ganda dua

► Animasi berikut menunjukkan pembentukan ikatan kovalen ganda dua.
Pembentukan ikatan kovalen ganda tiga
■ Ikatan kovalen ganda tiga

► Berkongsi tiga pasangan elektron antara dua atom bukan logam.

► Setiap atom bukan logam menyumbang tiga elektron untuk berkongsi supaya mencapai susunan elektron yang stabil.

► Contoh : nitrogen, N2
■ ■ Pembentukan ikatan kovalen ganda tiga

► Animasi berikut menunjukkan pembentukan ikatan kovalen tiga dalam molekul nitrogen, N2.
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai pembentukan ikatan kovalen ganda dua dan ganda tiga.

Menentukan formula bagi sebatian kovalen
■ Formula sebatian kovalen.

► Sebatian kovalen terdiri daripada unsur dari kumpulan 14, 15, 16, dan 17. (bukan logam).
■ Menentukan formula bagi sebatian kovalen.

► Unsur bukan logam M memerlukan x elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil.

► Unsur bukan logam N memerlukan y elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil.


►Oleh itu, formula sebatian kovalen yang terbentuk adalah MyNx

■ Bilangan elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil.

Kumpulan Bilangan elektron yang diperlukan untuk mencapai susunan elektron yang stabil
Kumpulan 14 4
Kumpulan 15 3
Kumpulan 16 2
Kumpulan 17 1
■ Meramalkan formula bagi sebatian kovalen.

► Tentukan bilangan elektron yang diperlukan untuk mencapai susunan elektron yang stabil.

► Darab silang bilangan elektron yang diperlukan untuk mencapai susunan elektron yang stabil.

► Animasi berikut menunjukkan cara untuk meramalkan formula sebatian kovalen.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment