Sunday 5 July 2015

5.4 Aplikasi Konsep Siri Kereaktifan Logam

Hubungan antara Kedudukan Logam di dalam Siri Kereaktifan Logam dan Kaedah Pengekstrakan Logam
■ Kebanyakkan logam yang didapati di dalam kerak Bumi adalah bukan dalam bentuk tulen kerana logam boleh bertindak balas dengan unsur-unsur lain untuk membentuk sebatian.
■ Contoh bijih logam:

Bijih logam Hematit Bauksit Kasiterit Sphaletit
Komposisi Besi oksida Aluminium oksida Timah oksida Zink sulfat
■ Terdapat dua proses pengekstrakan logam daripada bijihnya.

Elektrolisis

Pemanasan bijih logam dengan karbon
■ Kaedah mengekstrak logam dari bijih logam bergantung pada kedudukan logam di dalam siri kereaktifan logam.
■ Logam yang berada di atas karbon adalah lebih reaktif berbanding karbon.

Kalium Electrolisis
Logam yang lebih reaktif daripada karbon dapat diekstrakkan dengan mengalirkan arus elektrik melalui leburan bijih melalui proses elektrolisis.
Natrium
Kalsium
Magnesium
Aluminium
■ Logam yang berada di bawah karbon adalah kurang reaktif berbanding karbon.

Zink Pemanasan bersama karbon
Logam yang kurang reaktif daripada karbon dapat diekstrak daripada bijihnya dengan memanaskannya bersama arang kok (karbon)
Besi
Timah
Plumbum
Kuprum
■ Perak dan emas wujud sebagai unsur-unsur tulen dalam kerak Bumi.
Pengekstrakan Logam daripada Bijihnya
■ Pengekstrakan logam daripada bijihnya menggunakan karbon

Dalam industri, bijih logam yang kurang reaktif daripada karbon dipanaskan bersama karbon untuk menapatkan logam tulen.

Karbon digunakan kerana murah dah senang diperolehi.

Logam yang boleh diekstrak dengan kaedah pemanasan karbon ialah zink, besi, timah dan plumbum.
■ Pengekstrakan bijih timah

Timah diperoleh daripada kerak Bumi dibasuh terlebih dahulu untung membuan kotoran dan bendasing.

Kemudian timah oksida dipanaskan untuk mengasingkan sulfur.
■ Pengekstrakan bijih timah di dalam relau bagas

Bijih timah dipanaskan dengan karbon (kok) dan batu kapur pada suhu yang tinggi didalam relau bagas (antara 1300°C - 1400°C).
Semasa pemanasan, karbon membebaskan oksigen daripada timah kerana kedudukannya dalam siri kereaktifan logam untuk menghasilkan timah tulen dan karbon dioksida.
Timah (IV) oksida karbon + → tin + karbon dioksida
Batu kapur ditambah untuk bertindak balas dengan kekotoran dalam bijih timah untuk menghasilkan sanga.
Sanga yang kurang tumpat akan terapung pada timah yang lebur. Produk ini dikumpulkan di bahagian bawah relau bagas.
Timah lebur dituang ke dalam acuan untuk membentuk jongkong timah.
■ Pengekstrakan besi

Bijih besi wijud dalam dua keadaan, iaitu hematit dan magnetit.

Bijih besi yang diperoleh daripada kerak Bumi diekstrak dengan memanaskan besi oksida bersama karbon dan batu kapur di dalam relau bagas pada suhu uang sangat tinggi.

Ketika proses pemanasan, karbon membebaskan oksigen daripada besi oksida kerana kedudukannya dalam siri kereaktidan logam untuk menghasilkan besi tulen dan karbon dioksida.
Besi(IV) oksida + karbon → timah + karbon dioksida

Besi lebur dituang ke dalam bekas untuk membentuk jongkong besi.

Pada masa yang sama, batu kapur mengurai menjadi kapur mentah yang bertindak balas dengan bendasing untuk membentuk sanga.
■ Video ini menunjukkan proses pengekstrakan bijih

Kepentingan Siri Kereaktifan Logam
■ Kepentingan

Membolehkan kereaktifan logam untuk dibandingkan.

Membantu untuk meramalkan sama ada reaksi yang paling mungkin berlaku.
Contoh: Aluminium bertindak balas dengan oksida besi. Oleh kerana kedudukan aluminium adalah di atas besi, maka aluminium adalah lebih reaktif daripada besi.

Memahami siri kereaktifan logam membantu kita dalam memilih kaedah pengekstrakan logam daripada bijihnya.

Contoh latihan 5.4(a)
Nyatakan jenis bijih logam mengikut kaedah pengekstrakan yang betul.
Kaedah pengekstrakan
Electrolisis Bijih aluminium
Bijih magnesium
Pemanasan oksida logam dengan arang kok Bijih timah
Bijih plumbum

Contoh latihan 5.4(b)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
a) __________Arang kok digunakan dalam relau bagas ketika pengekstrakan timah.
b) Ketika proses pengekstrakan timah, __________batu kapur mengurai menjadi kapur mentah yang bertindak balas dengan bendasing untuk membentuk __________sanga.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

10 comments: